Advertising

Ketua Yakuza Yang Menghilangkan Diri Selama 15 Tahun Kantoi Apabila Gambar Tatunya Viral Di Facebook

Views

Setelah foto terkini bekas ketua Yakuza Jepun yang diburu pihak polis selama 15 tahun menjadi tular, beliau akhirnya ditahan di Thailand.

Khamis lalu, pasukan SWAT polis Thailand berjaya menahan Shigeharu Shirai (72 tahun) sewaktu sedang berada di dalam pasar di Lopburi, yang terletak sekitar 50 kilometer dari Bangkok.

Pada tahun 2003, beliau pernah terlibat dalam kejadian tembak-menembak antara dua kumpulan Yakuza di negara itu. Sejak itu, waran tangkap dikenakan oleh pihak berkuasa Jepun terhadapnya.

Shigeharu gagal dijejaki kerana berpindah ke Thailand dan beristerikan seorang wanita tempatan di sana.

Baru-baru ini, seorang penduduk Thailand memuatnaik foto lelaki itu sedang bermain dam yang jelas menampakkan cacah lambang Yakuza pada tubuhnya serta jari kelingkingnya yang kudung.



Anggota Yakuza mempunyai kebiasaan untuk memotong hujung jari mereka sebagai hukuman kesilapan yang pernah dilakukan.



Foto tersebut mendapat perkongsian sebanyak 10,000 kali. Ia akhirnya sampai ke pengetahuan polis Jepun yang kemudiannya berkerjasama dengan polis Thailand untuk menahannya.


Menurut jurucakap polis Jeneral Wirachai Songmetta, suspek mendedahkan pernah mengetuai sebuah kumpulan Yakuza Kodokai, yang merujuk kepada Yakuza terbesar Jepun iaitu Yamaguchi-gumi.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, organisasi jenayah Yakuza memperoleh gaji berjumlah berbilion ringgit merangkumi perjudian, dadah, pelacuran dan pinjaman wang serta jenayah terancang.

Penubuhan Yakuza dibenarkan di Jepun, berbeza dengan mafia Itali atau kongsi gelap China. Bahkan, polis juga sedia maklum dengan ibu pejabat sendiri yang dimiliki oleh setiap kumpulan.


Shigeharu pernah dituduh menembak mati ketua sebuah kumpulan yang tidak sehaluan. Seramai 7 ahlinya ditahan dan menerima hukuman penjara selama 12 hingga 17 tahun.

Wirachai berkata bahawa suspek tidak mengakuinya tetapi menyatakan sering dibuli mangsa.

Seorang lelaki dari Jepun akan datang melawatnya dua atau tiga kali setahun bagi menyerahkan sejumlah wang kepada Shigeharu. Beliau hidup secara sederhana tanpa mempunyai pasport atau visa.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.