Advertising

Oh Yeah : Kisah Penculikan Johan Cruyff, Lagenda Bola Sepak Sepanjang Zaman

Views

Salah satu misteri terbesar dalam bola sepak dunia ialah mengapakah Johan Cruyff tidak berada di dalam skuad Belanda ke Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Argentina.

Bintang dan pemain legenda ini berada pada kemuncak prestasi pada tahun 1978. Belanda juga terkenal dengan bola sepak ‘total football’ yang turut diperagakan oleh Cruyff dan skuad Belanda pada Piala Dunia 1974, ketika di bawah bimbingan Rinus Michels.

Selepas menampilkan corak permainan menarik dan mengkagumkan pada 1974, dunia sentiasa menantikan skuad Belanda untuk aksi di pentas antarabangsa.

Dan kehilangan Cruyff menjadi tanda tanya peminat bola sepak di seluruh dunia pada ketika itu.

Tanpa Cruyff, pasukan Belanda masih mampu melayakkan diri sehingga ke perlawanan akhir Piala Dunia 1978. Namun ia merupakan antara perlawanan akhir Piala Dunia yang turut dipalit kontroversi.

Belanda tewas perang psikologi?
Pihak Belanda menuduh Argentina yang juga merupakan negara penganjur cuba untuk melewatkan perlawanan demi untuk menganggu fokus pemain-pemain Belanda.

Pasukan tuan rumah seperti sengaja untuk keluar lewat daripada bilik persalinan untuk melengahkan perlawanan daripada bermula sebelum mempersoalkan plaster yang digunakan oleh pemain Belanda, René van de Kerkhof (gambar bawah) di pergelangan tangan.



Karenah skuad Argentina pada masa itu menimbulkan ketegangan di kalangan pemain-pemain serta pegawai dari kedua-dua buah pasukan di hadapan puluhan ribu penonton di Estadio Monumental, Buenos Aires.

Mario Kempes memberikan gol pendahuluan buat pasukan tuan rumah pada separuh masa pertama, sebelum Dick Nanninga menyamakan kedudukan 1-1 8 minit sebelum wisel penamat ditiupkan. 


Argentina akhirnya bergelar juara Piala Dunia 1978 apabila Kempes menambah satu lagi gol pada minit ke-104 masa tambahan, sebelum Daniel Bertoni melengkapkan kemenangan bergaya 3-1 buat pasukan tuan rumah.

Belanda yang masih kecewa dengan insiden sebelum sepak mula perlawanan, memboikot acara penyampaian medal. Tewas perlawanan akhir dalam 2 edisi Piala Dunia secara berturut-turut, juga sesuatu yang sukar ditelan.


Timbul persoalan di kalangan penyokong dan peminat pasukan Belanda di seluruh dunia, adakah keputusan akan berbeza jika Johan Cruyff berada di dalam pasukan?

Dan kehilangan Cruyff menjadi tanda tanya peminat bola sepak di seluruh dunia untuk 30 tahun selepas perlawanan akhir tersebut.

Konspirasi Junta?
Untuk 30 tahun lamanya, ketiadaan Johan Cruyff daripada skuad Belanda ke Piala Dunia di Argentina terus menjadi tanda tanya. Cruyff terus membisukan diri tanpa sebarang kenyataan.

Sikap Cryuff yang memilih untuk membisu menimbulkan pelbagai andaian daripada pelbagai pihak.


Ada yang bertanggapan bahawa Cruyff tidak senang dengan Persatuan Bola Sepak Belanda berkaitan hak tajaan. Tanggapan sedemikian turut mengundang kritikan ke atas sikap patriotik Cruyff terhadap negaranya.

Satu lagi kemungkinan yang lebih besar ialah kerana Cruyff menunjukkan protes terhadap kerajaan Argentina yang dikuasai oleh askar Junta pada masa itu.

Atau adakah Cruyff menjadi alat politik sesetengah pihak? Adakah ketidakhadiran Cruyff bersama skuad Belanda adalah komplot terancang berkaitan dengan pemerintahan Junta?


Apabila Argentina dinamakan sebagai tuan rumah Piala Dunia 1978, ia memberikan kelebihan politik kepada kerajaan junta yang menguasai negara melalui rampasan kuasa untuk mengubah persepsi dunia

Jorge Rafael Videla (gambar atas, tengah) merupakan presiden askar junta yang memenangi peperangan yang digelar Coup d’état pada 1976.

Sepanjang memerintah Argentina di antara 1976 sehingga 1983, askar junta pimpinan Videla dikaitkan dengan pelbagai isu membabitkan pelanggaran hak asasi manusia, termasuklah kehilangan individu-individu penting dari puak pembangkang.


Ketegangan politik di Argentina pada ketika itu mengundang kecaman dunia. Belanda merupakan salah sebuah negara yang paling vokal membantah kelakuan kerajaan junta dalam hal pelanggaran hak asasi manusia di Argentina.

Walaupun tidak memboikot Piala Dunia 1978, ada pihak bertanggapan ketiadaan Johan Cruyff adalah kerana arahan atau terpengaruh dengan pihak tertentu, sebagai bantahan kepada pemerintahan junta di Argentina.

Pendedahan Cruyff
Akhirnya selepas 30 tahun, Johan Cruyff bersedia untuk mendedahkan perkara di sebalik keengganannya menyertai Piala Dunia 1978 yang berlangsung di Argentina.

Jelas 2 tanggapan ramai pada ketika itu adalah salah. Cruyff tidak mempunyai masalah dengan pihak persatuan, dan turut tidak menghiraukan masalah politik yang melanda Argentina.


Tetapi lebih daripada itu, ia adalah kerana nyawa dirinya beserta keluarga telah menjadi taruhan!

Perkara sebenarnya ialah Cruyff dan keluarganya telah menjadi sasaran penculikan, hanya beberapa bulan sebelum sepak mula Piala Dunia 1978.

Cruyff mendedahkan 7 penjenayah telah memecah masuk ke kediaman mereka di Barcelona pada masa itu. Penjenayah tersebut mengacukan senapang kepada mereka selepas setiap anggota keluarga Cruyff diikat.


Pada masa itu, Cruyff mendiami kediaman tersebut bersama isteri, Danny Coster dan 3 lagi anaknya yang turut menetap bersama dengan beliau di bandar Catalonia tersebut.

Cruyff berkata, perkara tersebut telah mengubah bagaimana beliau menilai kehidupan, dan merupakan sebab mengapa beliau tidak ke Piala Dunia 1998.

Ketika mendedahkan perkara tersebut kepada Radio Catalunya pada 2008, Cruyff dipetik sebagai berkata:


“Anda harus tahun bahawa saya sebenarnya mempunyai masalah menuju ke penghujung karier bersama Barcelona. Anda mungkin tidak pernah menyedari bahawa ada individu telah mengacukan senapang terus ke arah kepala saya, mengikat saya dan isteri di hadapan ketiga-tiga anak kami di kediaman di Barcelona.”

Cruyff amat bernasib baik kerana berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan pantas terhadap penjenayah-penjenayah tersebut.

Namun kehidupan Cruyff tidak lagi sama selepas itu.


“Anak-anak terpaksa ke sekolah dengan ditemani polis. Terdapat juga anggota yang tidur bersama kami di rumah untuk beberapa bulan demi menjamin keselamatan kami.”

“Malah saya hadir ke latihan dan perlawanan dengan diiringi oleh polis selepas kejadian tersebut.”

“Semua ini mengubah pandangan saya mengenai kehidupan. Ada banyak perkara yang lebih bernilai daripada semua ini.”

“Kami mahu menghentikan semua ini dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Saat itu saya menyedari bahawa saya perlu meninggalkan bola sepak dan memilih tidak ke Piala Dunia.”

Rumusan
Tidak dapat dipastikan apakah niat sebenar cubaan untuk menculik Johan Cruyff dan keluarga sebelum Piala Dunia 1978. Adakah ia satu konspirasi dan komplot terancang?

Atau adakah ia merupakan salah satu cubaan menculik individu terkenal semata-mata untuk mendapatkan wang tebusan?

Johan Cruyff berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun berikutnya selepas kejadian tersebut sebelum mengakhiri karier sebagai pemain bola sepak bersama Feyenoord pada 1984.

Sumber:
1. Graham Keeley, The Guardian (2008): After 30 years, the truth behind Cruyff’s World Cup absence; https://www.theguardian.com/football/2008/apr/17/newsstory.sport

2. Paul Hoefel, The Guardian (2016): Junta takes over in Argentina – archive; https://www.theguardian.com/world/2016/mar/25/argentina-junta-coup-videla-peron-1976-archive

3. Brian Cronin, LaTimes (2010): Sports Legend Revealed: Did Johan Cruyff sit out the 1978 World Cup as a political protest?; http://latimesblogs.latimes.com/sports_blog/2010/06/sports-legend-revealed-did-johan-cruyff-sit-out-the-1978-world-cup-as-a-political-protest.html

4. Paul Doyle, The Guardian (2008): Kidnappers made Cruyff miss World Cup; https://www.theguardian.com/football/2008/apr/16/newsstory.sport15
 

No comments:

Powered by Blogger.