Advertising

Oh Yeah : Lamborghini ‘Countach’ Vintaj - Sedang Dibida Pada Harga RM1.5 Juta Sekarang

Views

Model ‘Countach’ ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun pada tahun 1974 sebelum diganti dengan model Diablo pada tahun 1990an. Satu model Countach buatan tahun 1991 kini boleh menjadi milik anda di laman bidaan Sotheby.

Model yang sedang dibida ini diperkenalkan buat pertama kali di ketika Gran Prix Monza, Italy pada tahun 1988. Kereta ini cmula dijual pada tahun 1991 sempena ulang tahun ke-25 jenama Lamborghini ketika itu.

Kereta berwarna putih ini mempunyai kemasan dalaman berwarna merah dan menjadi salah satu model Lamborghini paling dicari pengumpul kereta mewah. Kereta ini cuma bergerak 3,460km sahaja sejak ianya dibeli dan kondisinya seperti baru keluar daripada kilang.


Kisah kereta ini juga sangat menarik. Ianya dibeli oleh pembeli yang menetap di Sweden pada tahun 1991. Kemudiannya ianya dibeli oleh seorang German pada tahun 2014. Kereta ini tidak berjalan banyak dan tersimpan di dalam garaj sahaja. Kemudiannya ianya dijual ke pemilik yang ketiga dan dihantar pula ke Lithuania.

Memang kereta ini tidak mempunyai sistem terkini yang canggih tetapi kereta sukan vintaj seperti ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Anda boleh membidanya untuk bawa pulang ke Malaysia di laman Sotheby tetapi anda perlu membuat bidaan lebih USD360,000 (RM1,439,000+-) terlebih dahulu. Jika berminat, anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang kereta ini di sini.


Sumber : TheVocket

No comments:

Powered by Blogger.