Advertising

Lelaki Ini Menjual Tanahnya Di Sabah Dengan Menggunakan Bitcoin?

Views

Transaksi jualan menggunakan kriptowang seperti Bitcoin nampaknya semakin menular kebelakangan ini, seperti berita pengedar kereta Proton yang mula menjual kereta menggunakan Bitcoin.

Transaksi jual-beli terbesar di Malaysia menggunakan Bitcoin kini nampaknya hadir melalui penjualan sebidang tanah di Pulau Libaran, Sabah diantara pemilik tanah tersebut, Alexander Yee dan rakan beliau, Polycarp Chin.

Alexander Yee, seorang usahawan pelancongan dan pemulihara penyu menjual tanah sebesar 1.219 hektar tersebut kepada rakannya pada harga 0.5 Bitcoin, yang pada waktu transaksi tersebut bernilai RM38,827, bersama-sama dengan deposit 0.05 Bitcoin bernilai RM3883.25, menggunakan aplikasi dompet digital Luno.

Menurut Alexander lagi, jualan tanah kepada rakannya ialah untuk mengumpul dana untuk projek pemuliharaan penyu, dan penjualan tanah tersebut melalui Bitcoin dilihat sebagai cara termudah dan cepat untuk mendapatkan dana.

Pihak Bank Negara Malaysia masih belum mengeluarkan peraturan dan garis panduan untuk penggunaan kriptowang di Malaysia, tetapi buat masa ini, tiada undang-undang menyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh menggunakannya untuk jual-beli persendirian.

Sumber : The Star

No comments:

Powered by Blogger.