Advertising

Oh Yeah : Lelaki Ini Upah Pembunuh Upahan Untuk Membunuh Isterinya, Tetapi Isterinya Lakukan Sesuatu Yang Hebat

Views

Di sebuah daerah di Oregon, Amerika Syarikat, hampir 1 daripada 4 pembunuhan membabitkan pasangan suami isteri, atau pasangan kekasih. Jom baca kisah Susan Kuhnhausen mengenai kes beliau.

Ianya adalah malam Rabu seperti kebiasaan untuk Kuhnhausen, yang bekerja sebagai jururawat bilik kecemasan. Selepas habis 'shift', beliau berhenti di salun rambut kegemarannya untuk memotong rambut sebelum pulang ke rumah. Apabila dia tiba di rumah, beliau terkejut apabila melihat sekeping nota yang ditulis dari suami yang dikahwininya selama hampir 18 tahun, iaitu Mike. Nota itu ditulis, "Sue belum tidur, cepat pergi ke pantai sekarang."

Tidak mahu berfikir yang bukan-bukan, Kuhnhausen masuk kedalam rumah untuk mematikan penggera keselamatan yang sedang berbunyi. Setelah semuanya selesai, dia pergi ke luar untuk mengambil suratnya. Setelah memasuki rumah, beliau berasa aneh betapa gelap biliknya, dan berfikir bahawa mungkin dia terlupa untuk membuka tirai pagi itu. Dalam sekejap mata, bayang-bayang seorang lelaki bertubuh besar menyerang beliau dari belakang pintu bilik tidurnya.

Beliau terselamat, dan apa yang terpaksa dilakukannya untuk menyelamatkan nyawanya sendiri adalah sukar dipercayai. Sekarang hampir 10 tahun kemudian setelah serangan terhadap dirinya, Kuhnhausen, yang kini bernama Susan Walters, berkongsi pengalaman buruk tentang malam itu dan apakah yang menyebabkan salah satu kes jenayah paling kejam dalam sejarah Portland.

Walaupun kebanyakan orang akan trauma dan lari selepas penjenayah menceroboh rumah mereka, tetapi bukan untuk Walters. Setelah menjadi jururawat kecemasan selama lebih dari 30 tahun, dia telah menjalani pelbagai kelas pertahanan diri dan telah melihat dan mendengar semuanya di dalam bilik kecemasan.



Penceroboh tersebut datang menyerangnya dengan tukul besar, tetapi beliau tahu sekiranya beliau menjarakkan sedikit badannya dari penceroboh itu, dia akan mempunyai masa untuk mengelak pukulan darinya. Hayunan pertama penceroboh itu terkena sipi di kepala Walters, dan Walters terpaksa bertahan dengan kesakitan itu dan beliau berjaya menolak penceroboh itu ke lantai

Dengan lonjakan adrenalin, Walters berjaya merampas tukul itu dari tangan penceroboh tersebut dan mengayunkannya tepat ke tengkorak. Apabila penceroboh itu menyerangnya semula untuk mendapatkan senjata itu, beliau terus mencekiknya untuk menyelamatkan nyawa beliau sendiri.


Mengetatkan cengkaman tangan beliau untuk menyempitkan saluran nafasnya, Walters berusaha untuk memnyoal lelaki itu sementara wajah lelaki itu bertukar dari warna merah ke ungu, dan akhirnya biru.

Pergelutan antara Walters dan penceroboh itu berlangsung selama lebih dari 15 minit. Beliau mengigit penceroboh tersebut supaya DNAnya sendiri berada di kulitnya sekiranya beliau berjaya membunuhnya. Beliau akhirnya melepaskan cengkamannya dan segera menghubungi 911 di rumah jiran beliau.


Walters kemudiannya mendapat maklumat dari polis bahawa lelaki itu adalah Edward Dalton Haffey, seorang pembunuh upahan yang dipupah oleh suaminya untuk membunuhnya. Haffey ditawarkan $50,000 untuk membunuh Walters. (WTF)


Hubungan Susan dengan suaminya telah merosot sejak bertahun-tahun, tetapi dia tidak pernah terfikir suaminya tergamak melakukan sesuatu yang mengerikan seperti ini.


Polis tidak mempercayai pengakuan Mike bahawa dia berada di pantai ketika kejadian. Selepas minggu-minggu sejak peristiwa cubaan untuk membunuh itu, Mike telah kehilangan pekerjaannya dan tidak mempunyai tempat tinggal. Mike tahu bahawa sekiranya isterinya meninggal dunia, rumah mereka, bernilai kira-kira $300,000 akan menjadi miliknya.

Walaupun Mike menyangkal mengenali penyerang Walters, Mike akhirnya memutuskan untuk mengaku bersalah kerana mengupah seseorang untuk membunuh Susan pada 30 Ogos 2007.

Fuh, memang power perempuan ni, nasib baik dia kuat (ataupun pembunuh tu lembik), kalau tak memang suami dia dapat rumah tu. Suami dia pulak memang TAHI.

No comments:

Powered by Blogger.