Advertising

Maklumat Rekaan & Spesifikasi Samsung Galaxy S9 Dibocorkan Sebelum Pelancaran Rasmi

Views

Setahun berlalu dan nampaknya sudah tiba giliran Samsung untuk mengumumkan siri Galaxy terbaru mereka Samsung Galaxy S9. Sama seperti tahun lalu, Samsung bakal mengeluarkan dua model pada siri ini iaitu Galaxy S9 dan Galaxy S9+ yang hadir dengan saiz skrin yang lebih besar.

Pengumuman ini seolah tidak sah jika tidak ada spesifikasi yang tertiris sebelum pelancaran rasmi. Pada awalnya rekabentuk Samsung Galaxy S9 tertiris terlebih dahulu sebelum spesifikasi model ini menjadi perbincangan ramai.


Melihat kepada rekabentuk, Samsung nampaknya telah membuat perubahan setelah orang ramai ternyata kurang selesa dengan tempat pengimbas cap jari yang tersedia di model Samsung Galaxy S8. Melalui model ini Samsung telah meletakkannya dibahagian bawah kamera bagi memudahkan capaian pengguna.

Spesifikasi yang dilancarkan pada tahun ini juga seperti sudah dijangkakan dengan penggunaan processor Exynos 9810.


Menariknya mengenai Samsung Galaxy S9, penggunaan processor terbaru bakal membolehkan pengguna merakam video Super Slow-mo dalam resolusi 4K dalam paparan 120fps. Samsung juga menjanjikan Samsung Galaxy S9 sebagai smartphone terpantas daripada keluaran mereka.

Berdasarkan info yang tertiris, kemungkinan Samsung Galaxy S9 bakal hadir dengan satu kamera dibahagian belakang dan disertakan dengan RAM 4GB manakala Galaxy S9+ bakal hadir dengan dua kamera dan RAM 6 GB.

Dengan tarikh pelancaran pada Samsung Galaxy S9 disahkan pada MWC 2018, kemungkinan Samsung Galaxy S9 bakal dilancarkan sekitar akhir Februari atau awal Mac 2018.

Sumber : TheVocket

No comments:

Powered by Blogger.