Advertising

Oh Yeah : Peminat Menemui Mesej Rahsia Di Dalam Lagu Eminem Setelah 20 Tahun Berlalu

Views

Eminem telah menjadi salah satu rappers paling terkenal di dunia. Dia mempunyai nasib yang baik untuk menjadi terkenal semasa zaman penjualan CD dan albumnya telah terjual puluhan juta salinan di seluruh dunia. Beliau juga merupakan artis yang memegang rekod jualan terbaik pada tahun 2010. Walaupun dia pada mulanya menjadi bintang kerana liriknya yang provokatif, dia telah megurangkannya sedikit dengan ketara dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Rap bukanlah muzik genre kegemaran semua orang. Tidak boleh dinafikan bakat yang hebat dimiliki oleh beliau. Mereka yang menulis muzik rap sebagai karut dan tidak masuk akal akan hilang semua mesej yang kuat di dalamnya. Muzik Eminem telah tenggelam selama beberapa dekad sekarang dan masih lagi ada mesej yang tersembunyi di salah satu lagu pada kemunculan awalnya yang kita dapat cari sekarang.


"My Name Is" adalah lagu yang melonjakkan nama Eminem sehingga menjadi bintang. Pembaca yang membesar pada zaman beliau terkenal, mungkin masih ingat lagi pelancaran muzik video pertamanya di MTV. Mungkin anda terlupa lagu-lagunya selama 20 tahun yang lalu. Sesetengah peminat mungkin tidak perasan, tetapi ada satu peminat Eminem yang tegar telah menemui mesej yang dirahsiakan jauh di dalam korus lagunya. Apa yang anda perlu lakukan untuk mendapatkannya sendiri adalah memainkan lagu tersebut terbalik ke belakang.

Jika korus dimainkan ke belakang, Eminem memberi tahu bahawa "Dia adalah Slim" dan bahawa "Dia adalah Eminem". Bagi sesetengah orang, ini mungkin kelihatan seperti satu kebetulan yang tidak dirancang. Tetapi bagi sesetengah orang, ianya adalah simbol
menakjubkan kepada kegeniusan lirik yang dihasilkan oleh Eminem. Ianya menjadi perdebatan di kalangan peminat rap di seluruh dunia.

Kami secara peribadi tidak percaya bahawa perkara ini telah dirancang tetapi ada sesuatu yang agak aneh. Sebagai contoh, Kendrick Lamar mempunyai kontroversi dalam situasi yang sama dengan Eminem apabila mengeluarkan albumnya iaitu 'DAMN' dalam susunan kronologi terbalik. Jadi, apakah alasan kukuh yang mengatakan bahawa Eminem tidak merancang perkara ini sejak awal lagi? Kami bersedia dan teruja untuk mendengar pengesahan dan penjelasan daripada Eminem sendiri.

Satu perkara yang pasti, Eminem adalah seseorang yang suka bermain-main dengan persepsi orang ramai. Mungkin ia adalah hasil karya penerbit muzik yang hebat iaitu Dr. Dre?


Kami berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rahsia yang menarik ini. Inilah bukti untuk anda semua tonton lirik lagu Eminem dimainkan secara terbalik.

No comments:

Powered by Blogger.