Advertising

Rashed Belhasa - 'Richie Rich' Di Dunia Nyata

Views

Sape pernah tengok movie Richie Rich? Remaja yang sangat kaya siap ada helikopter sendiri untuk ke sekolah dan ada roller coaster kat rumah. Perghhhhh, memang kaya gila lah. Ni dia Richie Rich di dunia nyata iaitu Rashed Belhasa remaja terkaya didunia.

Hidup glamor sejak usia 13 tahun, Rashed Belhasa yang pada ketika ini sudah berumur 15 tahun, menjadikannya remaja terkaya didunia.

Beliau dikenali oleh pelbagai selebriti terkenal di dunia, bukan dia yang mengenali selebriti tersebut. (perghhhh) Daripada bintang Hollywood hingga ke bintang bola sepak terkenal di dunia, di antaranya adalah rapper Wiz Khalifa, Lionel Messi, dan Cristiano Ronaldo kenal dia dan pernah pergi ke rumahnya.


Kejayaanya  pada usia begini bukanlah disebabkan beliau adalah anak dari ahli perniagaan terkenal Dubai, Saif Ahmed Belhasa, namun juga disebabkan dari pendapatan perniagaan online. (ala, dah memang mak bapak kaya keluar modal takda hal la kan)


Antara salah satu strategi perniagaannya ialah beliau gemar meluangkan masa dan selfie dengan selebriti-selebriti yang terkenal di dunia dan upload di instagram untuk mendapatkan followers yang ramai.


Bayangkanlah, hanya dengan berselfie di bahu selebriti saja, beliau berjaya mendapatkan ratusan ribu pengikut dan like di media sosial. (terer gak marketing dia ni)

Selain itu, Rashed juga gemar mengumpul sneakers yang rare dan unik sama ada untuk dipakai atau diletakkan di dalam bilik khas.


Dengan koleksi sneakers yang banyak dan rare, beliau juga sudah memiliki label fashionnya sendiri yang sangat terkenal.


Putera bongsu dari ahli perniagaan terkenal di Dubai, Saif Ahmed Belhasa itu selalu menunjukkan barang-barang mewah koleksinya, melalui online, Instagram dan Youtube. Youtube channel dia ialah Money Kicks. Bukan itu sahaja, walaupun tak ada lesen lagi tapi dia dah ada beberapa koleksi kereta mewah siap modified kereta jadi macam kasut Yeezy. Satu lagi kereta Ferrari beliau di modified dengan sticker 'Supreme' warna merah.



Paling terbaru, seluruh skuad Manchester United pergi melawat beliau di rumah santai-santai. Perghhhhh!!


Kadang-kadang ada juga layan channel Youtube beliau, rumahnya siap ada Zoo beb! Zoo macam zoo negara pulak tu. Setiap kali selebriti terkenal datang, memang dia akan bawa mereka ni melawat zoo tersebut. Beliau jugak bersahabat baik dengan billionair terkenal Dubai iaitu Salgin Yalcin, dan juga bintang Youtube Dubai, Mo Vlogs.


Rasanya sekarang marketing paling berjaya adalah menjadi seorang Youtubers sebab netizen sekarang lebih berminat untuk layan Youtube daripada TV3. Dengan subscriber mencecah 1 juta keatas, memang senang-senang je dapat tajaan dan iklan lepas tu siap boleh promote produk sendiri. Kat Malaysia susah sikit kot sebab rakyat pun tak ramai yang nak layan. Lebih senang kalau korang fasih bahasa inggeris so orang luar negara boleh layan sekali channel korang.

No comments:

Powered by Blogger.