Advertising

Oh Yeah : Ryan Giggs Adalah Bakal Pengurus Baru Untuk Skuad Kebangsaan Wales?

Views

Bekas pemain sayap dan legenda Manchester United, Ryan Giggs dilaporkan akan dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaaan Wales. Demikianlah berita yang dilaporkan oleh satu sumber dalaman kepada Sky Sport.

Giggs dilaporkan telah ditawarkan kontrak selama 4 tahun untuk membimbing Wales, dan dijangka akan diumumkan secara rasmi sebagai pengurus dan jurulatih Wales pada hari ini.


Giggs yang juga merupakan bekas kapten skuad kebangsaan Wales pernah berkata bahawa dirinya berminat dan bersedia untuk kembali ke dalam pengurusan bola sepak, termasuklah untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

Oleh yang demikian, satu sidang media akan diadakan oleh Wales FA untuk mengumumkan perlantikan Giggs dijadualkan pada lewat hari ini (waktu Malaysia).

Giggs yang kini berumur 44 tahun adalah sebahagian daripada anggota ‘Class of 92’ Manchester United, dan belum pernah mempunyai pengalaman secara langsung di dalam bidang pengurusan bola sepak.

Satu-satunya rekod Giggs di peringkat pengurusan ialah ketika mengendalikan Manchester United secara sementara dalam 4 perlawanan terakhir musim 2013-14, selepas pemecatan David Moyes.


Beliau kemudiannya memainkan peranan sebagai pembantu kepada Louis van Gaal selama dua musim, sebelum mengambil tindakan meninggalkan Manchester United selepas Manchester United mengumumkan perlantikan Jose Mourinho pada 2016.

Jawatan pengurus skuad kebangsaan Wales menjadi kosong pada November lalu selepas Chris Coleman mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Sunderland, berikutan kegagalan membawa Wales melayakkan diri ke Piala Dunia 2018.

Untuk rekod, Coleman pernah membimbing Wales sehingga mara ke peringkat separuh akhir Euro 2016. Selain daripada Giggs, seorang lagi bekas pemain kebangsaan Wales, Craig Bellamy turut pernah menyatakan minat untuk jawatan tersebut.


Bellamy pernah tampil sebanyak 78 kali untuk Wales di peringkat antarabangsa sebagai pemain, dan kini adalah sebahagian daripada barisan kejurulatihan di akademi bola sepak milik Cardiff City.

Selepas melakukan saringan dan temuduga, Wales FA akhirnya memilih Ryan Giggs yang pernah tampil sebanyak 64 kali di antara 1991 sehingga 2007 untuk negaranya sebagai pemain.

Ketika karier sebgai pemain, Giggs turut sering menerima kritikan kerana kerap menarik diri daripada skuad Wales, terutamanya untuk perlawanan persahabatan antarabangsa.

Sumber : Sky Sports, Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.