Advertising

Saksikan Montaj Khas Daripada Kelab Barcelona Untuk Memberi Penghormatan Kepada Ronaldinho

Views

Ronaldinho mengesahkan persaraan penuh beliau daripada bola sepak. Dan sudah pastinya legenda dari Brazil itu sinonim dengan Barcelona.

Beliau bermain 5 musim di Nou Camp daripada 2003-2008. Menjaringkan 110 gol dalam 250 penampilan untuk kelab tersebut. Ronaldinho pernah diberikan tepukan gemuruh oleh penyokong Real Madrid dan Barcelona di Santiago Bernabeu pada 2005.

Beliau menang 1 Ballon d’Or dan 2 Anugerah Pemain Terbaik FIFA. Memenangi 2 La Liga dan 1 UCL ketika bersama dengan generasi emas moden Barcelona.

Semalam Barcelona menerbitkan satu montaj khas untuk legenda mereka itu. Saksikan di sini:


Kami juga tertarik dengan satu video pendek daripada Chelsea yang turut mengucapkan selamat bersara kepada Ronaldinho. Kelab The Blues memaparkan klip aksi gol ikonik Ronaldinho ketika menentang Chelsea.



Ronaldinho memang menjadi nama penting dalam sejarah bola sepak dunia. Beliau telah menjadi inspirasi ramai pemain bola sepak pada generasi selepas beliau.

Skil dan seni di kaki beliau membuatkan video Ronaldinho menjadi koleksi pilihan oleh peminat bola sepak simpan di telefon mereka satu ketika dahulu. Selamat bersara kepada legenda Ronaldinho.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.