Advertising

Samsung Bakal Keluarkan Telefon Pintar Skrin Boleh Lipat Tahun Ini

Views

Memasuki tahun 2018, Samsung nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan kembali model telefon lipat yang pernah popular hampir dua dekad lalu. Lebih epik, pengeluaran telefon lipat pada kali ini mungkin disertakan dengan skrin boleh fleksibel yang boleh dilipat.

Untuk pengetahuan anda, ura-ura pengeluaran Samsung Galaxy X bukanlah perkara yang baru. Malah teknologi yang boleh dilipat ini sudah diusahakan Samsung sejak 2014 lagi.

 Konsep Samsung Youm


Setakat ini, bagaimana skrin boleh lipat bakal membantu pengguna selain daripada tampil futuristik masih lagi menjadi misteri. Kami juga tertanya-tanya apakah telefon boleh lipat bakal menjadi pilihan ramai kembali apabila model ini dilancarkan.

Berdasarkan laporan, Samsung Galaxy X bakal menjadi smartphone termahal pernah dikeluarkan Samsung dan mungkin menjangkaui harga Apple iPhone X. Mampukah Samsung Galaxy X membawa trend dan fenomena baru kepada pengguna?

Sumber : Hypebeast, TheVocket

No comments:

Powered by Blogger.