Advertising

Solomon Rondon Menangis Apabila Tidak Sengaja Mematahkan Kaki McCarthy Ketika Perlawanan West Brom Vs Everton

Views

Perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Everton menentang West Bromwich Albion berakhir dengan kisah sedih apabila salah seorang pemain tengah Everton, James McCarthy mengalami patah tulang kaki sehingga terpaksa berehat panjang.

Insiden itu berlaku pada minit ke 59 ketika penyerang West Brom, Salomon Rondon cuba melakukan rembatan ke arah pintu gol Everton tetapi secara tiba-tiba McCarthy bertindak melakukan terjahan keras dari belakang sehingga menyebabkan kakinya mengalami patah tulang fibula dan tribia.



Rondon kemudian bertindak memanggil pengadil untuk menghentikan perlawanan bagi membolehkan McCarthy mendapat rawatan kecemasan daripada pihak paramedik.

Beliau juga tidak dapat menahan sedih sehingga terpaksa ditenangkan oleh rakan sepasukan dan para jurulatih pasukan West Brom.

Sebelum kejadian itu, West Brom terlebih dahulu menjaringkan satu gol hasil jaringan daripada penyerang Jay Rodriguez diminit ke 7. Everton kemudian menyamakan kedudukan di 20 minit terakhir perlawanan melalui gol pemain pengganti Oumar Niasse.


Pengurus Everton, Sam Allardyce mengesahkan mereka terpaksa melupakan khidmat pemain yang berusia 27 tahun yang akan berehat panjang sehingga akhir musim.

“James mengalami patah di tulang tibia dan fibula,” kata Allardyce kepada wartawan.

“Dia terpaksa membayar harga yang sangat mahal diatas keberanian dan komitmennya. Ini merupakan tamparan hebat buat dia dan juga kami.”


“Ia merupakan satu kehilangan buat kami sehingga akhir musim. Ia biasanya berlaku dalam sukan bola sepak tetapi bukannya selalu.

“Ini salah kami dan juga kebodohan pemain kami sendiri yang bertindak melakukan terjahan berbahaya itu. Dia cuba menghentikan rembatan itu tetapi dia sendiri akan menderita akibat tindakannya,” kata Sam Allardyce.

Sementara itu, Rondon melahirkan rasa simpati melalui laman twitter rasminya terhadap McCarthy dan mendoakan agar pemain itu cepat sembuh dan kembali beraksi semula di atas padang.


“Sangat menyedihkan. Persaingan dilupakan seketika apabila ada rakan yang mengalami kecederaam parah yang tidak sengajakan. Saya sangat berharap anda kembali semula bermain,” katanya seperti dipetik melalui laman twitternya.


Difahamkan kecederaan McCarthy akan mengambil masa sekurang-kurangnya setahun untuk kembali sembuh dan beliau mungkin terpaksa gantung but jika mendapat nasihat daripada doktor yang mengesahkan beliau tidak boleh lagi bermain bola sepak.


No comments:

Powered by Blogger.