Advertising

Tahukah Anda Apa Itu Pita Kinesio Dan Apakah Tujuannya Digunakan

Views

Mungkin ramai di antara kita pernah melihat di kaca televisyen, sejenis pita pelekat yang digunakan oleh atlet-atlet dalam pelbagai jenis acara sukan. Jika anda tertanya-tanya, ia adalah kaedah aplikasi pita Kinesio. Jadi persoalannya adalah apa itu pita Kinesio dan apakah kegunaannya?

Sedikit sejarah ringkas mengenai pita Kinesio. Di Jepun, Dr. Kenzo Kase mula memperkenalkan kaedah pita Kinesio ini pada tahun 1979. Beliau adalah seorang ahli terapi 'chiropractic' (kaedah rawatan untuk masalah berkaitan otot) dan juga pengamal akupuntur yang berlesen.

Dr. Kaze sedar bahawa kaedah terapi secara manual contohnya seperti terapi urutan dan terapi fizikal adalah sangat berkesan untuk pelbagai masalah yang berbeza, tetapi kesannya tidak kekal lama. Beliau inginkan sesuatu yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kaedah terapi manual dan memanjangkan tempoh keberkesannannya.

Kaedah aplikasi pita Kinesio diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1995, dan di Eropah pada tahun 1996. Mungkin anda agak terkejut bahawa kaedah ini sebenarnya telah wujud lebih dari sedekad.

Mungkin ramai orang yang tertanya-tanya apakah yang mampu dilakukan oleh pita Kinesio dan apakah jenis kecederaan yang boleh dirawat dengan aplikasi ini. Pita pelekat Kinesio dibuat daripada 100% gentian elastik yang bebas lateks. Jika dilihat dari jarak dekat, anda mungkin perasan dengan corak seakan ombak, yang dibuat pada pita yang berfungsi seolah-olah cap jari dan membenarkan pita ini 'bernafas.'

Pita ini hanya boleh di anjal pada paksi membujur. Pita ini jika digunakan sebaiknya, boleh menyembuhkan kesakitan kronik seperti sakit ketika datang haid. Tetapi perbincangan ini akan memfokuskan kepada atlet dan penggunaan pita ini.


Pita Kinesio boleh menjadi satu aset yang penting kepada para atlet. Ia boleh digunakan di saat genting jika kecederaan melanda secara tiba-tiba. Pita Kinesio sangat kuat dan boleh digunakan dengan kekuatan tegangan yang berbeza.

Ramai ahli terapi akan menggunakan kekuatan ketegangan dan teknik yang berbeza untuk membolehkan otot dan ligamen mendapat "bantuan" apabila kecederaan berlaku. Pita ini pada dasarnya menstabilkan bahagian tertentu, misalnya bahu, untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang lebih teruk.

Apa yang lebih menarik tentang pita Kinesio adalah ia tidak akan menghalang sebarang pergerakan yang dilakukan, namun bukan pergerakan yang berisiko tinggi untuk mendapat kecederaan. Dalam kebanyakan kes, ketika anda sedang melakukan sebarang aktiviti, kekuatan tegangan pada pita Kinesio akan menjadi lebih kuat untuk tujuan penstabilan.

Jadi anda perlu memahami bahawa pita Kinesio ini adalah hanya untuk 'menahan kesakitan' atau menghilangkan kesakitan buat sementara waktu semasa aktiviti sedang dilakukan. Anda masih perlu mendapatkan rawatan lanjut setelah selesai semua aktiviti atau acara sukan yang dilakukan.

Untuk Pemulihan



Satu lagi aspek penting pita Kinesio bagi para atlet adalah pemulihan. Kerap kali selepas satu pertandingan yang sengit para atlet merasakan tubuh badan mereka sangat letih, atau seseorang atlet itu telah berlatih dengan kadar yang tinggi, kedua-dua keadaan ini memerlukan mereka melalui proses pemulihan.

Manipulasi secara manual adalah penting untuk pemulihan. Dengan menggunakan pita Kinesio selepas manipulasi manual, ia boleh meningkatkan keberkesanannya berbanding tanpa penggunaan pita Kinesio. Pita ini boleh membantu 'membuka' tisu di dalam badan untuk memudahkan manipulasi secara manual.

Ia akan membekalkan penstabilan secara berterusan kepada bahagian badan yang terjejas dan memberi peluang kepada otot dan ligamen untuk pulih dengan menyerap tekanan dari bahagian yang bekerja secara manual.

Untuk Penjajaran



Kaedah pita Kinesio juga membantu dari segi penjajaran semula. Jika terdapat bahagian tubuh badan anda yang berada dalam keadaan yang tidak sejajar, pita Kinesio mampu untuk mengembalikan semula bahagian tersebut kepada penjajaran yang sebenar dan membantu para atlet merasa lebih selesa. Dengan penjajaran yang betul, kesakitan dapat dikurangkan dan membantu sendi pulih selepas melakukan sebarang aktiviti.

Untuk Kesakitan



Pita Kinesio juga boleh mengurangkan kesakitan di bahagian-bahagian tertentu pada badan yang mungkin mengganggu keselesaan. Antara kesakitan yang kerap dialami oleh para atlet adalah di bahagian bawah belakang badan. Selepas melakukan terapi manual, letakkan pita Kinesio di bahagian yang terjejas (dengan menggunakan pelbagai kaedah dalam mengaplikasikannya bergantung kepada bahagian yang tertentu) untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Jika terdapat bahagian badan yang lebam dan bengkak, salah sath kaedah aplikasi pita Kinesio yang boleh mengurangkan bengkak dan menghilangkan lebam.

Untuk Pertandingan



Satu lagi kegunaan yang menarik minat para atlet adalah pita Kinesio boleh digunakan sebelum memulakan sebarang acara sukan. Kebanyakan atlet cenderung untuk mengetahui samada mereka mengalami masalah seperti buku lali terkehel atau tempurung lutut terkeluar dari kedudukan asal.

Pita Kinesio boleh diletakkan di bahagian yang terjejas untuk mengelakkan kecederaan jika atlet-atlet ini bercadang untuk melakukan sebarang aktiviti sukan. Dengan menggunakan pita Kinesio sebelum memulakan  sebarang aktiviti boleh menyelamatkan mereka dari sebarang  pembedahan atau kesakitan selepas selesai aktiviti tersebut.

Untuk penggunaan pita Kinesio ini, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan khidmat seaeorang yang telah dilatih untuk mengaplikasikannya dan diluluskan oleh CKTI ( Certified Kinesio Tape Instructor), dan mempunyai latar belakang dalam kinesiologi, anatomi dan fisiologi.

Ia mungkin kelihatan ringkas, tetapi terdapat beberapa kombinasi dan kekuatan regangan yang berbeza dimana orang-orang yang terlatih ini tahu bagaimana untuk menggunakannya dan mengaplikasikannya dengan sebaiknya.


Untuk mengaplikasikannya sendiri bukanlah sesuatu yang mudah, malah video dari YouTube juga tidak begitu berkesan dalam mengajar kaedah aplikasi pita Kinesio. Tidak rugi untuk berjumpa dengan seseorang yang boleh mengaplikasikannya dengan baik kepada anda, dan hayat pita ini boleh bertahan sehingga lima hari jika anda menggunakan khidmat mereka yang telah dilatih oleh CKTI.

Tubuh badan anda adalah sangat penting untuk anda melakukan aktiviti-aktiviti yang sihat jadi anda perlu menjaganya dengan berjumpa dengan para profesional yang mempunyai kelayakan dalam mengaplikasikan kaedah pita Kinesio yang diluluskan oleh CKTI.

Sumber : breakingmuscle, illuminasi

No comments:

Powered by Blogger.