Advertising

Tahukah Anda Apakah Itu Budaya Hedonisme? Kalau Tak Tahu Jom Baca!

Views

Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa maksud ‘kesenangan’ atau dalam erti kata lain,  menjadikan kesenangan dunia untuk beroleh ketenangan rohani.

Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit. Salah satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini, masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam lipatan sejarah dunia.

Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini. Boleh dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme kerana ia merupakan satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak  gejala ini. Malah, seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab ketimuran serta berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak bersetuju terhadapnya.

Gejala Hedonisme dalam masyarakat kini.

Kini, hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an akan tetapi dalam skala yang sangat kecil. 

Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.

Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata “apa-apa pun ok, janji fun“. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan.


Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi kebanyakkannya berterusan sehingga pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain atau berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang hari."berpesta tidak ingat dunia punya".itulah budaya hedonisme dan ia bermula dalam diri masyarakat itu sendiri.

Punca suburnya gejala Hedonisme dalam masyarakat

Mari kita selidik dengan lebih mendalam , apakah tren-tren yang muncul disebalik wajah muda-mudi kita hari ini yang telah terpengaruh dengan budaya kuning Barat

Boleh dikatakan yang ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya. Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga terhadap jiwa dan trend dunia mereka.

Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.


Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup remaja pada masa kini . Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali.

Oleh sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan. 


Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah . Remaja yang tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka.


Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak.

Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.

Cara mengatasi masalah Hedonisme
  1. Perlunya kearifan dalam memilih barang agar tidak terjebak dalam konsumerisme.
  2. Menanamkan pola hidup sederhana dalam kehidupan sehari-hari
  3. Dalam memilih barang mahasiswa perlu membuat skala protitas dalam berbelanja sehingga dapat membezakan barang yang benar-benar diperlukan dan barang-barang yang diinginkan namun tidak diperlukan.
  4. Penerapan pola hidup sederhana dalam kegiatan sehari-hari diperlukan untuk mengatur keuangan mahasiswa agar pendapatan yang biasanya berasal dari orang tua tidaklah lebih kecil daripada pengeluaran.
  5. Adanya kedewasaan dalam berfikir sehingga mahasiwa dapat membentengi diri dari pola hidup konsumerisme.
  6. Memilih gaya hidup hedonisme, terus terang tidak akan pernah memberikan kepuasan dan kebahagiaan. Ibarat minum air garam, makin diminum makin haus. Bagi yang belum terlanjur menjadi pengidola hedonisme maka segeralah balik ke jalan yang asal. Bahawa kebahagiaan hidup ada pada hati yang bening, saatnya bagi kita kembali untuk menyuburkan akar-akar spiritual kembali ke jalan illahi, tumbuhkan jiwa peduli pada sesama buang jauh-jauh karakter selfish (mementingkan diri sendiri) dan miliki multi kekuatan – kuat otak, kuat otot, kuat kemampuan berkomunikasi, kuat beribadah, dan kuat mencari rezeki.
Pengajaran bagi masalah hedonisme ini adalah :
  1. Sebagai seorang remaja masa kini, kita haruslah berhati-hati dalam memilih rakan sebaya supaya tidak terpengaruh akan budaya yang tidak diingini seperti budaya hedonisme.
  2. Selain daripada itu, kita haruslah memanfaatkan waktu lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah seperti berkebun, bersukan, dan sebagainya. 
  3. Generasi muda juga, perlu bijak menangani arus perubahan globalisasi. Yang baik diterima dan yang buruk ditolak.
  4. Seterusnya, ibu bapa juga perlu banyak memberi perhatian kepada anak muda zaman sekarang, kerana anak muda zaman sekarang terlalu mudah untuk dipengaruhi oleh perubahan semasa.
  5. Akhir sekali, remaja perlulah sentiasa bijak dalam mengenal situasi sama ada situasi yang baik mahupun situasi yang buruk.

"Jika mahu melihat masa hadapan sesebuah negara, maka lihatlah keadaan anak muda hari ini"

-Imam Al Ghazali -


No comments:

Powered by Blogger.