Advertising

Oh Yeah : Teaser Kit Terbaru Untuk Proton Saga FLX Daripada TuneD

Views

September lalu, pengeluar aksesori tempatan –TuneD– hadir dengan kit tingkat taraf untuk Proton Saga 2016 yang diperkemas, menampilkan rupa yang jauh lebih menarik dari versi sebelumnya. Nampaknya tidak lama lagi jenama dari Malaysia ini akan menawarkan kit sedemikian untuk pemilik-pemilik model Proton lebih lama iaitu Saga FLX.

Imej teaser untuk kit tersebut telah pun disiarkan, memaparkan garis bentuk muka model terbabit. Dari imej berkenaan dapat dilihat Saga FLX akan menerima gril baharu yang agak seiras dengan gril TuneD untuk Saga generasi ketiga. Bampar kereta ini juga telah ditukar dengan unit menampilkan liang kemasukan udara agresif pada kedua-dua sisi.

Berbanding Saga 2016 yang diberikan lampu nyalaan siang mendatar pada bampar, versi untuk Saga FLX ini pula direka secara menegak. Perubahan ini juga menampilkan jalur serlahan melintang berwarna merah merentangi gril utama serta di bahagian bawah lips bampar.

Tiada perincian lain didedahkan setakat ini, namun untuk pakej Saga 2016, ia turut terdiri dari pelbagai kelengkapan seperti bampar hadapan bersama lampu nyalaan siang LED, bampar belakang bersama reflektor LED, skirt sisi lengkap dengan emblem TuneD, dan juga cat badan keseluruhan yang digelar Fierce Red oleh TuneD.

Selain itu, TuneD turut menampilkan pelbagai aksesori lain untuk Saga 2016 yang diumumkan sebelum ini, antaranya rim aloi berdiameter 16-inci, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, upholsteri kulit untuk bahagian dalaman, pakej tingkat taraf aspek NVH, dan pelbagai lagi. Selain dari Saga, TuneD turut menghasilkan barisan aksesori untuk model Proton lain seperti Preve dan Persona.




Sumber : Paultan

No comments:

Powered by Blogger.