Advertising

Tech Neck - Kesan Menggunakan Telefon Pintar Dalam Tempoh Yang Lama

Views

Kita tidak dapat lari dari arus kemodenan teknologi dimana rata-rata daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya sebuah telefon pintar. Bermacam perkara dapat dipermudahkan dengan adanya alat komunikasi berkenaan, tetapi apabila digunakan secara berlebihan ia bakal menimbulkan masalah lain pula.

Antara kesan dari penggunaan berlebihan peranti pintar adalah penyakit Tech Neck dimana bahu dan leher berasa seperti kaku. Ia terjadi apabila otot bahu, jari dan leher terpaksa bekerja keras dalam tempoh yang lama. Sekiranya dibiarkan, ia boleh mengakibatkan sakit kepala yang berpanjangan.

Gejala-gejala awal anda mengalami Tech Neck adalah :

1. Otot bahu berasa kaku dan tegang

2. Mula pening melihat skrin peranti dan sering hilang tumpuan membaca teks panjang

3. Kerap kali typo apabila menaip mesej, ini kerana anda mula hilang kawalan keatas jari

Tech Neck juga boleh terjadi apabila posisi pipi dan bahu terlalu rapat dalam jangka masa yang lama, selalunya terjadi apabila berbual menggunakan telefon.

Cara terbaik untuk mengelakkan penyakit ini adalah dengan mengurangkan masa penggunaan peranti pintar.

Selain itu, anda juga boleh mengamalkan langkah-langkah berikut.

1. Sentiasa gerakkan bahu dan leher ketika menggunakan peranti pintar dan juga komputer

2. Tutup mata seketika apabila kepala sudah merasa “berat”

3. Jika terlalu kerap typo, berhenti dari menggunakan peranti dan buat aktiviti yang boleh
melancarkan peredaran darah serta mengembalikan tumpuan.

4. Cuba gunakan fon telinga apabila membuat panggilan supaya posisi pipi dan bahu tidak
terlalu rapat dalam tempoh yang panjang

Adakah anda pernah mengalami tanda-tanda diatas? Masih mahu bermain telefon pintar dalam tempoh yang lama?
Sumber: Steemit, Wiser

No comments:

Powered by Blogger.