Advertising

Tembikai Pelik Ini Berharga RM1800?

Views
Buah tembikai adalah sejenis buah yang mudah kita temui di Malaysia.Ramai yang menggemari buah ini dek kerana rasanya yang manis dan lembut. Terdapat pelbagai jenis tembikai yang boleh kita temui dari segi jenis dan warna isinya. Tembikai sangat sesuai dijadikan penghilang dahaga dan pencuci mulut selain mengandungi fiber yang tinggi yang baik untuk sistem penghadaman kita.

Di Malaysia buah tembikai biasanya boleh didapati sepanjang masa kerana ia bukanlah buah yang jenis bermusim. Namun rasa manis tembikai akan lebih terasa bila musim kemarau dan kering. Baru-baru ini telah ditemukan buah tembikai yang berbentuk aneh dan pelik yang didatangkan dari negara China.

Gambar sekadar hiasan

Terdapat pelbagai bentuk seperti bentuk rumah, hati, bersegi malah tiga segi juga.Ia kelihatan pelik dan luar biasa. Namun sebenarnya ia boleh dibentuk sedemikian rupa oleh peladang dengan memasukkan buah tersebut mengikut acuan yang dikehendaki semasa buah itu masih kecil.

Seorang lelaki telah membeli buah ini dengan harga RM1800 dengan harapan dia mendapat tuah setelah memakan buah itu dek kerana bentuknya yang luar biasa. Namun setelah dibelah buah itu dia merasa amat kecewa kerana isi di dalamnya hanya biasa biasa sahaja malah telah terlalu masak dan lembik.

 

Memikirkan harganya yang mahal, dia tetap menjamah buah tersebut.Sekali lagi dia kecewa kerana rasanya sudah hampir masam.Ternyata nasibnya tidak begitu baik..jauh dari tuah yang diharapkan.

Sumber : petuaviral.com

No comments:

Powered by Blogger.