Advertising

Theo Walcott Melengkapkan Perpindahan Ke Everton Dengan Nilai Sebanyak £20 Juta

Views

Theo Walcott akhirnya menamatkan zaman kariernya bersama pasukan Arsenal selepas melengkapkan perpindahan ke Everton baru-baru ini.

Walcott yang menghabiskan masa selama 12 tahun sebagai pemain Arsenal melengkapkan perpindahan sebanyak £20 juta untuk membawa diri ke Goodison Park.

Beliau yang ditawarkan kontrak selama 3 tahun setengah itu menzahirkan perasaan yang bercampur baur terhadap perpindahan ini.

Katanya, beliau berasa sedih kerana meninggalkan Arsenal namun gembira akan cabaran yang bakal dihadapinya di Everton.

“Perpindahan ke Everton dari Arsenal merupakan perkara yang menyedihkan namun dalam masa yang sama ia turut membuatkan saya teruja.”

“Saya ingin perbetulkan kembali karier saya dan membawa kemenangan kepada Everton.”

Selain Everton, kelab lama Walcott iaitu Southampton turut dikatakan berminat untuk membawa pulang pemain tersebut.

Akan tetapi, Walcott memilih untuk menghadapi cabaran baharu di Merseyside sebagai salah satu usaha beliau untuk memperoleh tempat dalam skuad Piala Dunia England tahun ini.

Walcott pada musim ini belum lagi memulakan sebarang perlawanan Premier League buat Arsenal pada musim ini.

Beliau berharap Sam Allardyce mampu memulihkan kariernya dan memberikan permulaan yang lebih segar kepada karier bola sepak beliau.

Selain Walcott, seorang bekas pemain Arsenal iaitu Alex Oxlade-Chamberlain pada awal musim membuat keputusan untuk berpindah ke Merseyside dengan menyertai Liverpool.

Keputusannya itu nyata berhasil apabila Jurgen Klopp berjaya memperbaiki kariernya dengan lebih baik sebelum ini.

Jadi, adakah Walcott akan berjaya di Merseyside juga bersama Everton?

Sumber : BBC Sport, Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.