Advertising

Oh Yeah : Timbalan Rektor Universiti Islam Medinah Ini Adalah Seorang Melayu?

Views

Beliau ialah Fadhilatus Syaikh Prof Dr Mahmud Bin Abdul Rahman Qadah.  Bermula kariernya sebagai seorang pembantu pengajar pada tahun 1981, Syaikh kini memegang jawatan tertinggi di Universiti Madinah sebagai Timbalah Rektor (Hubungan Antarabangsa) serta Profesor dalam bidang Aqidah.

Dipetik daripada perkongsian Nasiruddin Abdul Aziz.

MUNGKIN RAMAI TIDAK TAHU...

Timbalan Rektor Universiti Islam Madinah adalah orang MELAYU. Beliau ialah FADHILATUS SYAIKH PROF DR MAHMUD BIN ABDUL RAHMAN QADAH.


Kenapa "Qadah"? Sebab beliau asal dari Kedah. Para syaikh di Universiti Madinah memanggil syaikh dengan gelaran "Dr Gadah" atau "Dr Qadah". Syaikh pernah cerita pada ana bahawa ayahandanya Almarhum Syaikh Abdul Rahman merupakan guru yang alim dalam bidang Nahu dan Sorof.

Asalnya dari Kubang Siam Kedah. Kemudian ayahandanya berhijrah dan menetap di Mekah. Ibunda syaikh juga menetap di Mekah. Hinggalah akhir hayat kedua-duanya rahimahumallah. Syaikh sendiri merupakan melayu kelahiran Mekah.


Pernah pertama kali ana masuk jumpa syaikh, ana tanya: "Kaifa halukum ya syaikhana" terus syeikh cakap: "Apa habaq?". Syaikh masih fasih bertutur melayu. Paling rare syaikh cakap melayu-kedah.

Syaikh sangat ceria dan mudah didekati. Sering ana dapat istifadah dan nasihat daripada syaikh.

Kita bersyukur kerana ada anak melayu yang hebat seperti syaikh. Memegang jawatan yang sangat tinggi dalam Negara Arab Saudi amnya dan Universiti Madinah khususnya, iaitu Timbalan Rektor (Hubungan Antarabangsa) serta Profesor dalam bidang Aqidah.

Untuk maklumat lanjut pasal syaikh boleh ke laman web: http://www.iu.edu.sa/Page/index/21227

N.A.A

No comments:

Powered by Blogger.