Advertising

UFC Bakal Melucutkan Takhta Kejuaraan Conor McGregor?

Views

Menyebut tentang Conor McGregor mungkin nama beliau seolah tidak asing lagi dengan dunia UFC. Memilih untuk mencabar Floyd ‘Money’ Mayweather dalam sukan tinju ternyata merupakan pilihan yang tepat buat dirinya selepas Conor McGregor didapati lebih kaya meskipun tewas di dalam perlawanan tersebut.

Disebalik kekayaan serta pertambahan peminat yang diraih beliau pada tahun 2017, Conor McGregor ternyata tidak melakukan sebarangn kemunculan ke gelanggang UFC sepanjang tahun lalu. Ketidakhadiran beliau dalam pentas UFC selama 13 bulan ini sekaligus bakal membuatkan takhta kejuaraan beliau ditarik seawal minggu hadapan.


Kali terakhir beliau beraksi di gelanggang UFC adalah pada November 2016 sewaktu menjuarai kejuaraan UFC Lightweight Championship menewaskan Eddie Alvarez. Setakat ini Conor McGregor masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai comeback beliau ke pentas UFC.

Sebagai rekod, ‘The Notorious’ berjaya memenangi 21 daripada 24 perlawanan di UFC dimana 18 daripadanya merupakan kemenangan secara knockout.


Dengan usianya yang masih lagi berkemampuan untuk bertarung, kami harap ‘The Notorious’ dapat kembali ke gelanggang UFC untuk mengekalkan kejuaraan yang pernah disandang beliau.

Sumber : Stuff, TheVocket

No comments:

Powered by Blogger.