Advertising

Oh Yeah : Usain Bolt Bakal Menjadi Pemain Borrusia Dortmund?

Views

Pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt dijangka akan menghadiri sesi pemilihan bersama gergasi bola sepak Jerman, Borussia Dortmund pada Mac.

Sesi pemilihan itu telah diatur oleh penaja kit kelab tersebut yang juga merupakan penaja kepada lagenda pelari pecut dunia itu, iaitu syarikat Puma.

“Pada Mac, saya akan menghadiri sesi pemilihan bersama Dortmund dan itu yang akan menentukan apa yang akan saya lakukan dengan karier saya selepas ini,” ujarnya kepada Express.



“Jika mereka katakan saya bagus, dan saya perlukan saya sedikit latihan, saya akan lakukannya,” tambahnya yang telah bersara setahun yang lalu selepas mengalami kecederaan.

Bolt juga memaklumkan kecederaan hamstring yang dialaminya dalam perlumbaan terakhirnya telah pulih dan dia telah cergas sepenuhnya.

“Ia membuatkan saya gementar. Saya tidak biasa gugup, tetapi ini lain, ini bola sepak. Saya pasti mengambil masa untuk sesuaikan diri, tetapi selepas bermain beberapa perlawanan, saya akan biasakan diri.

“Ianya sama seperti ketika saya mula-mula berada di trek larian. Saya berasa gementar untuk sementara waktu,” jelasnya yang kini berusia 31 tahun.


Bolt juga menyatakan bahawa impiannya adalah untuk beraksi dengan kelab yang diminatinya, Manchester United. Dan Dortmund dilihat sebagai platform permulaan untuknya.

“Salah satu impian terbesar dalam hidup saya adalah untuk beraksi bersama Manchester United. Jika Dortmund katakan saya cukup bagus, saya akan mula berlatih dengan gigih.

“Saya telah bercakap kepada Alex Ferguson, dan saya minta dia untuk berikan kata-kata semangat buat saya. Dia katakan kepada saya, jika saya cergas sepenuhnya dan bersedia, dia akan cuba bantu saya,” tambahnya.

Bolt juga telah mula berlatih bola sepak bersama rakan-rakannya sebelum berangkat ke Jerman. Dia turut menyatakan kepada Express yang dia menggemari posisi selaku pemain sayap.

“Secara peribadinya saya suka bermain di bahagian sayap, tetapi saya tahu, selepas mendengar daripada pelbagai pihak dan juga pemain, saya rasa akan diletakkan sebagai penyerang,” ujarnya.

Sumber : Semuanya Bola 

No comments:

Powered by Blogger.