Advertising

Oh Yeah : Uxoriphobia - Fobia Takut Kepada Isteri Antara Senarai Fobia Yang Jarang Kita Dengar

Views

Fobia merupakan perasaan yang amat takut terhadap sesuatu benda atau situasi. Orang yang menghadapi masalah tersebut sedar bahawa ketakutan yang dialaminya adalah keterlaluan berbanding dengan orang lain. Setiap orang mempunyai fobia mereka yang tersendiri. Jom kita tengok senarai fobia yang jarang kita dengar.

1. Anuptaphobia

Anuptaphobia adalah ketakutan untuk kekal berseorangan atau lebih dikenali sebagai single. Selalunya seseorang yang menghidapi Anuptaphobia ini mungkin sudah terbiasa mempunyai pasangan, dan apabila kehilangan pasangan dia akan merasakan gelisah seperti dunianya tidak sempurna.

Orang yang menghidapi penyakit ini apabila dia single dia akan berasakan dirinya tidak dihargai dan tidak layak untuk dicintai. Bagi mengelak perasaan sedemikian dia akan terus mencari pasangan.

2. Agoraphobia

Agoraphobia adalah fobia dimana seseorang itu takut untuk berada di sekeliling orang ramai. Bagi yang tidak suka bergaul dengan orang, anda mungkin salah seorang yang menghidapi penyakit ini. Seseorang yang menghidapi penyakit ini kebiasaannya akan takut untuk mengunjungi pusat beli belah, menaiki kenderaan awam seperti bas, lrt dan juga takut untuk keluar dari rumah.

3. Nomophobia

Nomophobia merupakan fobia takut akan kehilangan telefon atau ketiadaan telefon. Fobia ini kedengaran agak lucu namun sebahagian besar dari kita mungkin menghidap fobia ini. Di zaman moden telefon bimbit merupakan suatu perkara yang amat penting kerana ianya merupakan talian yang dapat menghubungkan seseorang dengan seseorang walau dimana kita berada. Jadi tidak hairanlah jika anda merupakan salah satu penghidap nomophobia ini.

4. Athazagoraphobia

Athazagoraphobia adalah perasaan takut yang tinggi jika kita akan dilupakan, diabaikan atau tidak dipedulikan. Perasaan takut diabaikan adalah perkara biasa dalam kehidupan kita, namun jika perasaan ini tidak dikawal ianya akan memberi kesan yang buruk dalam kehidupan kita. Seseorang yang mengalami athazagoraphobia mungkin pernah menghidapi situasi pernah ditinggalkan oleh seseorang sehingga timbul fobia ini dalam diri mereka. 

5. Phasmophobia

Phasmophobia adalah keadaan di mana seseorang yang amat takut dengan hantu. Siapa sahaja yang tidak takut dengan hantu? Selalunya orang yang menghidapi fobia ini sering berfikir tentang kewujudan roh-roh yang sudah mati meninggalkan kita, jadi tidak hairanlah jika seseorang yang menghidapi fobia ini akan mengalami situasi di mana takut dengan hantu secara berlebihan.

6. Erythrophobia

Adakah anda seorang yang pemalu? Ya? Anda mungkin penghidap Erythrophobia. Seseorang yang menghidapi Erythrophobia selalunya mukanya akan bertukar kemerah-merahan apabila perasaan malunya muncul. Selalunya perasaan malu ini muncul apabila dipuji, atau dimalukan oleh seseorang.

7. Hemaphobia

Hemaphobia adalah ketakutan kepada darah atau pemindahan darah. Perkataan asalnya adalah hema dalam bahasa Yunani bermaksud darah dan fobia adalah bermaksud ketakutan. Hemaphobia juga dipanggil Haemaphobia atau Hematophobia atau Hemophobia dan berkaitan dengan Epistaxiophobia (ketakutan untuk mempunyai atau melihat pendarahan hidung atau pendarahan sehingga mati). 

8. Uxoriphobia

Uxoriphobia adalah perasaan menghormati isteri melebihi ibu bapa atau sesiapa saja. Ia juga dikaitkan dengan perasaan takut seorang lelaki kepada isterinya. "Uxor" didalam bahasa Latin bermaksud isteri dan "phobia" bermaksud "perasaan takut kepada". Di Malaysia, individu yang mengalami Uxoriphobia biasanya digelar sebagai "lelaki dayus". Mereka sering menggunakan alasan terlampau sayangkan isteri untuk melindungi perkara sebenar iaitu takut dimarahi isteri.

No comments:

Powered by Blogger.