Advertising

Wajah Terkini Budak Yang Pernah Dilabel Sebagai Kanak - Kanak Tercantik Di Dunia

Views

Suatu ketika dahulu, kanak-kanak ini pernah digelar sebagai ‘Kanak-Kanak Paling Cantik Di Dunia’. Hal ini kerana kecantikan kanak-kanak ini setanding dengan kecantikan model-model berjaya antarabangsa walaupun masih kecil usianya. Bukan itu sahaja, dalam usia 10 tahun pada ketika itu, Thylane Blondeau sudah dipaparkan di dalam majalah fesyen berprestij iaitu Vogue!


Kini, Tyhlane yang sudah berusia 16 tahun sudah mewarnai dunia peragaan dan fesyen dengan wajahnya yang memang cantik! Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan peragawati yang berada pada barisan utama pertunjukan fesyen jenama mewah dan popular seperti Michael Kors.



Walaupun baru sahaja berusia 16 tahun, Thylane sudah menandatangani beberapa kontrak besar bersama IMG, L’Oréal dan juga duta jenama minyak wangi Perancis.



Menjadi kegemaran ramai pereka fesyen antarabangsa, gadis yang mempunyai raut wajah yang unik dan cantik ini juga pernah muncul dalam pertunjukan fesyen Dolce&Gabanna! Bukan calang-calang orang!






Sumber : WMagazine, Siraplimau

No comments:

Powered by Blogger.