Advertising

Oh Yeah : Yahoo! Lepas Ni Ada WiFi Percuma Dalam Kereta Api ETS

Views

Perkara yang kami rindui apabila berada di luar negara ialah WiFi percuma. Mungkin ramai tidak menyedari Malaysia adalah antara negara yang mudah untuk mendapatkan WiFi percuma. Bagi pelanggan perkhidmatan ETS Keretapi Tanah Melayu Berhad, mereka bakal menikmati kemudahan WiFi percuma di dalam koc dalam masa dua bulan lagi.

Ia bakal ditawarkan kepada penumpang yang menaiki ETS dari Kuala Lumpur ke Padang Besar. Selain itu KTMB juga mula menawarkan koc kelas perniagaan pada laluan yang sama. Ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ia adalah bagi memberikan keselesaan kepada penumpang.




Kemudahan WiFi ini amat dinantikan penumpang kerana sudah diumumkan sejak 2015 lagi dan mereka tidak lagi perlu menanti kucing bertanduk untuk menikmatinya.


Sumber : Themalaymailonline, Amanz

No comments:

Powered by Blogger.