Advertising

Pembina Permainan Video PUBG Bakal Sekat 100,000 Pemain Jika Didapati Menipu Dalam Permainan

Views

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih popular dengan dipanggil sebagai PUBG merupakan permainan video dalam talian yang popular ketika ini.

Dimainkan lebih dari 10 juta pemain seluruh dunia, sudah pasti ia mengundang kepada masalah pemain yang menipu dalam permainan.

Menurut pasukan pembangun permainan, mereka berjaya mengenal pasti lebih daripada 100,000 pemain menggunakan cheat dan ia merupakan perkara yang boleh menjejaskan permainan.

Tindakan susulan bakal diambil dengan cara menyekat secara kekal pemain-pemain yang dikenal pasti terlibat menipu ketika bermain.

“Di samping itu, kami sedang mencari penyelesaian baru untuk mengesan dan melarang lebih banyak penipu dan kami terus memperkuat sistem keselamatan kami. Kami juga berhubung dengan pihak berkuasa penyiasat di beberapa negara untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemaju dan pengedar cheats.” ujar pembangun permainan.

Sumber: PC Gamer

No comments:

Powered by Blogger.