Advertising

Penghasilan iPhone SE 2 Mungkin Dibatalkan

Views

Semalam hangat diperkatakan yang Apple Inc mungkin akan mengeluarkan peranti generasi ke-2 iPhone SE yang dikatakan akan dilancarkan pada suku tahunan ke-2 iaitu bulan May atau Jun.

Harini berbeza pula pendapat penganalisa KGI Securities, Ming-Chi Kuo yang mempunyai sumber maklumat dalam rangkaian bekalan Apple di rantau Asia. Dia percaya Apple mungkin tidak mempunyai kapasiti mencukupi dari segi bekalan perkakasan apabila mereka sedang memfokuskan pengeluaran 3 peranti utama yang lain untuk tahun ini.

Jika ada juga perancangan Apple untuk mengemaskini versi iPhone SE mereka, Kuo percaya peranti tersebut tidak akan mendapat naik taraf yang ketara seperti cip pemprosesan yang lebih laju dan bukan rekaan skrin penuh beserta fungsi pengecasan tanpa wayar.


Peranti iPhone SE dilancarkan pada bulan Mac 2016 dengan menampilkan cip SoC A9 bersama 2GB RAM, kamera 12 MP bersama-sama Touch ID. Apple ada meningkatkan kapasiti ruang memori ROM kepada 64GB dan 128GB pada bulan Mac lepas.

Sumber : Wiser, MacRumours

No comments:

Powered by Blogger.