Advertising

Perlawanan Menentang PSG Bakal Menjadi Penentu Nasib Untuk Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane

Views

Masa kini semakin suntuk.

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengakui masanya kini di Santiago Bernabeu sudah semakin suntuk – ibarat nyawa di hujung tanduk.

Penurunan prestasi yang mendadak oleh pasukanya pada musim ini telah menyebabkan posisi Zidane kini berada dalam ancaman dan berkemungkinan akan disingkirkan pada pertengahan musim.

Beliau mengakui perlawanan UEFA Champions League menentang Paris Saint-Germain (PSG) pada peringkat 16 pasukan terakhir bakal menjadi penentu kepada nasib Zidane sebagai pengurus Real Madrid.

Kata Zidane, beliau bertanggungjawab di atas segala permasalahan yang kini berlaku di Real Madrid.

“Ia begitu jelas, saya merupakan pengurus pasukan jadi saya bertanggungjawab di atas apa yang terjadi.”

“Saya perlu cari jalan penyelesaian di atas apa yang terjadi. Kami sudah pun jumpa penyelesaian tersebut namun apa yang menyukarkan kami adalah pasukan ini kurang konsisten.”

“Saya perlu bertanggungjawab dan akan sentiasa berjuang untuk ini.”


Zidane mengakui masanya kini di Real Madrid adalah masa yang paling sukar dalam karier pengurusan beliau bersama pasukan tersebut.

Namun beliau tidak pernah menyesal.

“Situasi sekarang adalah situasi yang terburuk pernah saya lalui di Real Madrid.”

“Namun begitu, saya bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.”

Musim ini, Real Madrid hanya mempunyai UEFA Champions League sahaja untuk direbut selepas mereka telah pun tersingkir di tangan Leganes dalam saingan suku akhir Copa Del Rey.

Mereka juga kini sudah ketinggalan jauh dalam saingan perebutan gelaran La Liga.

No comments:

Powered by Blogger.