Advertising

Perpindahan Aubameyang Ke Arsenal Ditangguhkan Oleh Borrusia Dortmund

Views

Nampaknya, perkara ini agak sukar untuk direalisasikan.

Cerita perpindahan pemain Borussia Dortmund iaitu Pierre-Emerick Aubameyang ke kelab Premier League Arsenal nampaknya sudah memasuki fasa baharu.

Hal ini kerana, perpindahan tersebut sudah memasuki status tergendala (stalled) selepas kelab Bundesliga itu didapati tidak berpuas hati dengan tawaran yang diberikan oleh kelab Premier League tersebut.

Borussia Dortmund dikatakan tidak dapat menerima 2 tawaran yang diberikan oleh Arsenal sebelum ini.

Pada tawaran pertama menyaksikan Arsenal menawarkan €50 juta manakala tawaran kedua menyaksikan Arsenal menawarkan €58 juta kepada kelab Jerman tersebut.

Dalam tawaran tersebut, mereka turut menawarkan penyerang Perancis iaitu Olivier Giroud sebagai pemain pinjaman untuk Borussia Dortmund.

2 tawaran yang ditawarkan oleh Arsenal kepada Aubameyang itu masih jauh dari permintaan asal Borussia Dortmund – Borussia Dortmund mahukan €70 juta dahulu sebelum melepaskan Aubameyang.

Sungguhpun menawarkan yuran perpindahan yang rendah, Arsenal tetap yakin mereka akan berjaya mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Setakat ini, Arsenal dikatakan telah bersetuju bersama Aubameyang dari segi terma-terma peribadi.

Namun apa yang belum selesai kini adalah isu yuran perpindahan sahaja bersama Borussia Dortmund.

Selain Aubameyang, Arsenal turut dalam usaha untuk mendapatkan pemain pertahanan West Bromwich Albion iaitu Jonny Evans.

Walaupun Evans dikatakan bersedia untuk berpindah, namun Arsenal dikatakan bakal berhadapan saingan dari Liverpool dan juga Manchester City untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Sumber : Goal, Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.