Advertising

Rasmi : Akhirnya Pierre-Emerick Aubameyang Kini Sah Pemain Arsenal Dengan Nilai Perpindahan Berjumlah £56 Juta

Views

Arsenal akhirnya telah mengesahkan penyerang antarabangsa Gabon, Pierre-Emerick Aubameyang kini adalah salah seorang anggota skuad The Gunners.

Arsenal berjaya melengkapkan perpindahan Aubameyang daripada Borussia Dortmund, melibatkan nilai perpindahan dilaporkan berjumlah  £56 juta.


Perpindahan Aubameyang ke Emirates bermakna penyerang tersebut akan kembali bergandingan dengan bekas rakan sepasukan beliau di Borussia Dortmund, Henrikh Mkhitaryan.

Kedua-dua pemain membentuk gandingan yang mantap di Dortmund, sebelum Mkhitaryan menyertai Manchester United pada 2016.



Setelah beraksi hampir tiga musim bersama St. Etienne, Aubameyang dilamar oleh Dortmund pada 2013, dan telah menjaringkan 98 gol melalui 144 penampilan bersama kelab tersebut di Bundesliga.

Jumlah jaringan yang direkodkan tersebut bermakna Aubameyang merupakan penjaring terbanyak di Bundesliga di kalangan pemain Afrika.

Penjaring terbanyak Borussia Dortmund untuk tiga musim berturut-turut ini juga merupakan penjaring terbanyak Bundesliga pada musim lalu dengan 31 gol.

Pemain Terbaik Afrika 2015/16 ini disahkan akan menangani kontrak untuk jangka masa panjang bersama Arsenal. Bagaimanapun butiran perpindahan hanya akan didedahkan setelah segala dokumentasi dikemaskini oleh pihak kelab.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.