Advertising

Rasmi - Welcome To Arsenal Henrikh Mkhitaryan

Views

Arsenal mengumumkan Henrikh Mkhitaryan sebagai pemain baru mereka pada hari yang sama mereka melepaskan Alexis Sanchez ke Manchester United.


Mkhitaryan gembira menyertai Arsenal dan memberitahu ia impian menjadi kenyataan untuk beraksi dengan Arsenal,

“Saya gembira kerana pernjanjian ini dimuktamadkan dan saya sangat gembira berada di sini. Ianya satu impian menjadi kenyataan kerana saya sentiasa mengimpikan untuk bermain utnuk Arsenal.”

“Sekarang saya sudah ada di sini dan saya akan lakukan yang terbaik untuk kelab ini mencipta sejarah.”

Mkhitaryan pada satu ketika dahulu pernah memberitahu yang beliau memang ingin bermain untuk pasukan seperti Arsenal kerana falsafah bola sepak Arsene Wenger dan Arsenal yang beliau minati.

Arsene Wenger dalam ucapan ringkas beliau berkata, Arsenal sudah mendapat pemain yang lengkap dalam perjanjian kali ini.

Mkhitaryan adalah sebahagian daripada perjanjian Alexis Sanchez ke Old Trafford. Wenger berkata:

“Henrikh pemain yang sangat lengkap. Dia mencipta peluang, boleh bertahan dengan baik, boleh menyerap jarak serta sentiasa komited. Saya harus katakan yang dia adalah pemain yang memiliki semua itu.”

Selamat datang ke Emirates Henrikh Mkhitaryan dan semoga karier anda sukses.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.