Advertising

Rasmi - Welcome To Manchester United Alexis Sanchez

Views

Manchester United akhirnya mengumumkan secara rasmi Alexis Sanchez sebagai pemain baru mereka.

Dalam satu video yang dimuatnaik kurang sejam yang lalu, Alexis Sanchez dilihat bermain piano nada lagu Glory Glory Man. United.

Jam yang sama Arsenal mengumumkan Henrikh Mkhitaryan di laman rasmi mereka. Jadi benarlah perjanjian kali ini melibatkan pertukaran 2 pemain ini seperti yang diwar-warkan media.

Buat masa ini tiada kenyataan rasmi dibuat Manchester United tentang jumlah bayaran dan klausa perjanjian. Kami akan kemaskini maklumat terkini kepada anda jika ada.

Beliau menggunakan jersi nombor 7 yang sangat ikonik dengan Manchester United. Jersi yang pernah digunakan oleh pemain-pemain seperti George Best, David Beckham, Eric Cantona dan Cristiano Ronaldo.

Maka tamatlah saga perpindahan ini dengan senyuman pastinya diukir oleh peminat Manchester United. Jom saksikan video ringkas di sini.


Ini adalah koleksi gambar-gambar Alexis Sanchez buat pertama kali dalam jersi Manchester United.



Selamat maju jaya di kelab baru anda Alexis Sanchez.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.