Advertising

Rupanya Memang Wujud Syarikat Yang Menjual Pengikut 'Followers' Palsu Di Media Sosial Dan Kini Mereka Sedang Disiasat

Views

Penjualan pengikut palsu di media sosial bukanlah perkara baru. Ramai selebriti atas talian membeli pengikut palsu bagi menunjukkan mereka berpengaruh dan sekaligus membolehkan mereka mengenakan bayaran yang tinggi untuk promosi berbayar. Devumi ialah antara syarikat yang melakukan perniagaan menjual pengikut palsu ini.


Mereka kini disiasat di Amerika Syarikat kerana 55,000 dari 3.5 juta pengikut palsu yang dijual didapati menggunakan identiti insan sebenar tanpa kebenaran. Nama, gambar profil dan maklumat peribadi insan sebenar telah digunakan tanpa kebenaran pada bot yang dijual. Ini adalah menyalahi undang-undang New York.

Masalah penggunaan identiti individu sebenar untuk menghasilkan akaun palsu ini turut berlaku di Malaysia. Tahun lalu tular berita akaun palsu yang menggunakan wajah insan yang telah meninggal dunia di Facebook.

No comments:

Powered by Blogger.