Advertising

Selepas Ini iflix Adalah Penyiar Rasmi Bola Sepak Malaysia Hasil Kerjasama Dengan FMLLP

Views

Berita baik buat peminat bola sepak tanah air. Sukan yang menjadi sukan paling popular di negara kita kini boleh ditonton secara terus melalui iflix bermula 3 Februari ini.

Melalui kerjasama yang dibuat diantara iflix dan FMLLP, pengguna berpeluang menonton 6 perlawanan Liga Super yang ditayangkan secara terus melalui iflix. Selain itu, beberapa perlawanan lain melibatkan Liga Premier, Piala Malaysia dan Piala FA bakal turut ditayangkan oleh iflix.


Nak tahu apa yang lebih menarik? Kerjasama ini bakal turut membolehkan para pelanggan menikmati kandungan tambahan seperti menonton sorotan perlawanan, temuramah bersama pemain serta beberapa rancangan lain melibatkan sukan bola sepak tanah air.

Sebuah langkah yang menarik dilakukan oleh iflix dalam usaha untuk menarik lebih ramai peminat sukan bola sepak tanah air untuk melanggan iflix. Anda juga boleh mula melanggan iflix dengan harga penawaran serendah RM10 sebulan dengan seleksi pilihan filem dan siri TV.

Sumber : TheVocket, Amanz

No comments:

Powered by Blogger.