Advertising

Terlepas Ujian Doping, Dari Segi Undang - Undang Alexis Sanchez Masih Pemain Arsenal?

Views

Bintang baharu Manchester United, Alexis Sanchez dilapor 'terlepas' ujian doping ketika berada di Arsenal.

Bekas pemain The Gunnners itu sudah rasmi menjadi milik Manchester United pada Isnin lalu.

Sanchez atau Arsenal boleh dikenakan hukuman jika laporan tersebut benar.

Menurut laporan di Sepanyol, pengawai dari Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) telah meminta sampel dari Sanchez, namun ianya tidak ada di sana (Arsenal).

Namun Uefa pada Khamis menafikan sebarang spekulasi.


Biarpun timbul isu baharu ini, Sanchez dijangka akan membuat penampilan pertama bersama skuad Jose Mourinho itu pada perlawanan Piala FA bertemu Yeovil Sabtu ini.

Dalam pada itu, Arsenal enggan memberi sebarang penjelasan mengenai isu yang timbul.

Sebagai rekod, setiap kelab perlu menyediakan maklumat terperinci sesi latihan pemain, namun dalam Liga Perdana Inggeris tanggungjawab itu dilakukan sepenuhnya oleh pemain.


Dan sekiranya didapati bersalah, pemain boleh digantung sehingga dua tahun jika gagal dalam tempoh 12 bulan.

p/s: macam-macam hal dia ni bila masuk man utd, padahal sebelum ni kat arsenal tak ada apa-apa kontroversi pun.

Sumber : Mstar

No comments:

Powered by Blogger.