Advertising

(Video) Jilake, Selebriti Chef Joe Bastianich Kutuk Alat Kelamin Lelaki Asia Pendek

Views

Pemilik Restoran Itali-Amerika, Joe Bastianich telah memalukan kaum wanita Cina dan tanpa segan dia mengejek alat kelamin lelaki Asia.

Dalam episod baru “MasterChef Italia,” Bastianich, di mana dia menjadi juri dalam acara memasak itu telah berkunjung ke sebuah salon kecantikan yang dijaga oleh dua orang pekerja wanita Cina perempuan untuk mendapatkan rawatan kuku.


Alat Kelamin Lelaki Asia Pendek?

Semasa rawatan itu di jalankan, dia berulang kali membetulkan bahasa Itali para pekerja di situ. Dia juga bertanya kepada salah seorang kakitangan itu sama ada dia mempunyai teman lelaki dari Itali atau Cina.

Grub Street Magazine New York pertama kali mendapat klip kontroversial episod itu, yang disiarkan di Sky Italia awal bulan ini.


Bastianich berkata:
 
“Saya tidak tahu, secara peribadi, lelaki Cina sebenarnya ada kecacatan, mereka sedikit pendek. Mereka tidak mencukupi dalam keadaan tertentu”

Pekerja itu jelas merasa janggal, tetapi selebriti chef ini tidak peduli.
 
“Tetapi kita perlu akui tentang hal ini, kerana itulah realiti,” katanya.


Pengguna media sosial bagaimanapun mengutuk kenyataannya. Ramai yang melabelkan komennya sebagai “perkauman”. Paulina Farro, seorang peserta pada Musim 4 dari “MasterChef,” menulis tentang kejadian itu, mengatakan bahawa dia “tidak terkejut dengan ini.”



No comments:

Powered by Blogger.