Advertising

WTF? Hati - Hati Ibu Bapa Sekalian, Kini Anak Patung 'Transgender' Sudah Berada Di Pasaran!

Views

Anak patung adalah objek yang sangat sinonim dengan kanak-kanak. Bermain dengan anak patung dikatakan mempunyai kesan yang penting terhadap perkembangan minda mereka kerana boleh mengenali penampilan dan identiti seseorang.

Namun, terdapat patung dijual di sekitar Argentina telah mengejutkan orang ramai terutama golongan ibu bapa yang telah membeli untuk anak mereka.

Seorang ibu mendakwa anaknya yang berusia tiga tahun telah menemui alat sulit lelaki dibawah skirt patung berkenaan ketika bermain anak patung tersebut.

Ibu kanak-kanak perempuan itu telah memuat naik gambar anak patung transgender itu ke dalam Facebook miliknya, lalu gambar berkenaan tular dan menjadi perbincangan hebat di negara mereka.


Tidak pasti sama ada kewujudan alat sulit anak patung itu adalah disengajakan oleh pihak tertentu atau kesilapan ketika proses pembuatan di kilang yang dihasilkan dari negara China.


Walau bagaimanapun, ibu bapa haruslah berhati-hati ketika memilih permainan yang sesuai untuk anak-anak bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dalam proses perkembangan minda mereka.

Sumber : Taiko TV

No comments:

Powered by Blogger.