Advertising

Yamaha R25 2018 Warna Baru Diperkenalkan, Harga RM21,000

Views

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd telah memperkenalkan dua warna baru untuk model sports R25 tahun 2018, iaitu hitam dan biru, dengan grafik yang berlainan berbanding warna yang diperkenal pada bulan Mac tahun lalu.

Penampilan baru ini lebih ringkas, dengan warna hitam sekadar mempunyai jalur merah manakala warna biru dengan jalur hitam.

Perkara lain berkenaan motosikal ini masih tidak berubah, termasuk harganya iaitu kekal seperti cadangan yang dikeluarkan oleh HLYM sebelum ini – RM20,630.78 termasuk GST, tetapi tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran.

Yamaha R25 dikuasakan oleh enjin dua silinder selari 249 cc suntikan bahan api, dengan padanan transmisi enam kelajuan. Kuasa yang mampu dihasilkan adalah sebanyak 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm. Kapasiti tangki bahan api adalah 14.3 liter.

Pada bahagian depan motosikal ini, terdapat fork teleskopik dan brek cakera dengan angkup dua piston manakala di belakang pula terdapat monoshock serta brek cakera hidraulik bersama angkup satu piston. Rim yang digunakan adalah bersaiz 17 inci (tayar 110/70 di depan dan 140/70 di belakang).


















Sumber : Paultan

No comments:

Powered by Blogger.