Advertising

20 Fakta Senggama Minda Mengenai Filem Hollywood Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Sebelum Ini (Bahagian 1)

Views

Pernah atau tidak anda menemui kejanggalan didalam sesebuah filem Hollywood? Ada beberapa filem epik yang menggunakan bajet yang sangat mahal tetapi malangnya ada beberapa kesilapan yang terlepas pandang dan tidak boleh diubah semula. Sebagai contoh filem Harry Potter, terlalu banyak kesilapan yang kita mampu lihat dengan mata kasar apabila jurukamera tidak sedar krew filem dirakam sekali di dalam filem.

Bukan itu sahaja, ada juga yang kantoi dalam CGI, filem paling gagal sekali CGI-nya adalah filem Hulk yang diarahkan oleh Ang Lee. Fuh, memang gagal habis dengan jalan cerita yang mengarut dan membosankan. Namun begitu, tahukah anda ada beberapa fakta yang senggama minda didalam beberapa filem Hollywood?

Sebagai contoh, pengarah terkenal Christopher Nolan jual jagung hasil daripada ladang jagung yang dihasilkannya sendiri semata-mata untuk filem Interstellar, lalu dapat membayar semula bajet yang digunakan untuk membuat filem tersebut. Jom kita tengok fakta-fakta senggama minda yang mungkin anda tidak tahu mengenai filem-filem terkenal di Hollywood.

#1 Di dalam filem Back To The Future, nama pusat membeli belah 'Twin Pines Mall' bertukar selepas Marty langgar dua pokok semasa beliau pergi ke zaman lampau dengan kereta canggihnya. Selaps Marty kembali ke zaman masa depan, nama mall tersebut bertukar kepada 'Lone Pine Mall' kerana salah satu pokok tersebut patah dilanggarnya di zaman lampau.


#2 Sangkut paut antara filem 'Pulp Fiction' dengan filem 'Kill Bill' arahan Quantin Tarantino hanya dengan dialog ini didalam filem 'Pulp Fiction'. Nampak gayanya seolah-olah Quantin Tarantino memang sudah merancang awal untuk filem 'Kill Bill, tetapi adakah ianya sequel kepada filem 'Pulp Fiction'?


#3 Filem 'Interstellar' arahan Cristopher Nolan banyak menggunakan pemandangan ladang jagung sebagai latar filemnya kerana dalam filem tersebut, Mathew Mcconaughey adalah seorang lelaki kampung 'country'. Antara sebab Cristopher Nolan membina ladang jagung semata-mata untuk filem itu adalah kerana beliau tidak mahu menggunakan CGI (beliau memang terkenal dengan mengekalkan sesuatu yang asli tanpa menggunakan teknik CGI dalam filemnya). Selepas penggambaran filem itu tamat, beliau menjual jagung hasil daripada ladang tersebut dan dapat menampung semula seluruh bajet untuk filem tersebut!


#4 Kulit depan untuk DVD filem 'Princess Bride' khas untuk sambutan ke 20 tahun, direka khas supaya dapat dibaca dengan terbalik tidak kira arah bawah atau atas. Unik!


#5 Sekali lagi mengenai filem 'Pulp Fiction', cuba lihat nama watak untuk lelaki tersebut. Quantin mungkin lawak orangnya.


#6 Di dalam filem Spider-Man 2, ada babak dimana Peter Parker berkata, "Aku memerlukan fokus yang tinggi!" apabila ketika itu kuasanya seakan-akan hilang seketika semasa cuba untuk melompat dari bangunan ke bangunan lain. Apa yang kelakarnya ialah didalam filem tersebut Peter jatuh diatas kereta jenama Ford Focus.


#7 Ini adalah amaran di awal-awal filem 'Fight Club' untuk versi DVD. Ada siapa-siapa ada beli DVD filem ni tak? Mesti anda tidak perasan bukan? Kreatif!


#8 'Intro' untuk filem Harry Potter semakin gelap daripada filem pertama hingga filem terakhir. Perasan tak?


#9 Di Dalam filem animasi 'Cars', semua bukit-bukit batu di lembah adalah bahagian-bahagian kereta lama


#10 Di dalam filem 'Fargo' (1996), watak Steve Buscemi iaitu Carl mempunyai dialog ini ketika filem itu di minit ke 30. Kebetulan?


#11 Di dalam filem 'Django Unchained', seorang lelaki misteri bertanyakan kepada Django apa maksud namanya dan bagaimana cara untuk menyebut nama Django tersebut, lalu Django membalas, "D itu tidak perlu disebut", dan lelaki tersebut berkata, "Aku tahu". Lelaki misteri itu adalah Franco Nero, pelakon yang mula-mula melakonkan watak 'Django' pada tahun 1966.


#12 Apabila Kevin (watak didalam filem Home Alone) tengah selongkar barang abangnya iaitu Buzz, Kevin menjumpai gambar awek abangnya itu lalu menyebut "Woof" kerana menganggap awek abangnya itu macam anjing. Pengarah iaitu Christopher Columbus, merasakan ianya agak kurang ajar untuk menganggap seorang budak perempuan sebagai anjing di dalam gambar, lalu menyuruh anak lelaki pengarah seni filem tersebut berpakaian sebagai perempuan hanya untuk babak tersebut.


#13 Perasankah anda, didalam filem 'Batman Returns', bayang-bayang daripada cermin mata Selena Kyle menggambarkan beliau didalam topeng 'Catwoman'.


#14 Filem animasi 'Inside Out' dijadikan sebagai panduan untuk sebuah klinik kesihatan mental untuk kanak-kanak. Fuh, filem animasi terbaik bagi penulis.


#15 Seorang 'Kakamora' di dalam filem animasi 'Moana' dicipta seperti watak 'Baymax' didalam filem 'Big Hero 6'. Cute much!


#16 Lihat betul-betul, krew filem 'The Matrix' tidak dapat hilangkan refleksi jurukamera di tombol pintu yang berkilat disalah satu babak, lalu mereka memikirkan satu cara untuk menyorokkan jurukamera daripada refleksi tombol dengan menutupnya dengan baju jaket hitam dan tali leher hijau yang dipotong separuh untuk disamakan dengan kostum 'Morpheus'. Perghh, memang tak perasan, tapi kalau tengok betul-betul baru nampak. 


#17 Selepas pengambaran filem untuk babak didalam kolam untuk filem 'The Poltergeist', pelakon Jobeth William kemudian terkejut apabila mendapati bahawa tengkorak yang digunakan untuk babak didalam kolam itu adalah tengkorak sebenar. Ianya adalah lebih murah untuk dibeli di syarikat perubatan swasta daripada membuatnya sendiri dengan menggunakan getah.


#18 Yang ini agak kelakar sedikit apabila didalam filem 'Star Trek' (2009), pengering tangan jenama Dyson digunakan sebagai prop sebagai salah satu peralatan canggih yang boleh scan tangan didalam kapal angkasa.


#19 Didalam filem 'Shaun Of The Dead', babak penting didalam filem tersebut sudah pun diceritakan dengan terperinci oleh Ed pada babak awal filem sebelum serangan zombie berlaku.


#20 Kejayaan terhebat dalam filem animasi 'Zootopia'

No comments:

Powered by Blogger.