Advertising

Apa Sudah Jadi? Chelsea Kalah Lagi, Kali Ini 'Dibelasah' Watford 4-1

Views

Chelsea nampaknya mempersia-siakan peluang untuk memintas Liverpool di tangga ke-3 selepas dikejutkan oleh Watford dengan kekalahan 4-1. Perlawanan yang menghasilkan 4 gol pada 10 minit terakhir, 3 daripadanya milik Watford.

Bakayoko (dah macam yoko-yoko plak bunyi nama) terus menjadi sasaran penyokong Chelsea selepas melakukan 2 kekasaran kad kuning pada 30 minit pertama perlawanan.

Pemain terbaik perlawanan, Gerard Deulofeu dijatuhkan oleh Courtois di dalam kotak penalti. Kapten Watford, Troy Deeney tidak mempersia-siakan peluang untuk meletakkan The Hornets 1-0 di hadapan.

Chelsea beraksi 10 pemain selama sejam dalam perlawanan ini. Eden Hazard seperti biasa, sentiasa memberikan 110% di atas padang dalam apa jua keadaan. Beliau menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Tersentak dengan jaringan itu, Watford terus merampas semula pendahuluan, 2 minit berselang menerusi jaringan menari Daryl Janmaat.

Watford tidak bertahan dalam keadaan 2-1, mereka terus menyerang dan mendapat gol ke-3 menerusi gandingan Deulofeu dan Deeney.

Larian bijak Deeney telah menarik keluar Cahill dan membuka ruang kepada Deulofeu yang meleretkan bola ke penjuru kiri Courtois untuk gol ke-3 pada minit ke-88. Ini adalah debut di tempat sendiri oleh Deulofeu.


Chelsea yang sudah hilang tumpuan di dalam perlawanan ini, melepaskan gol sekali lagi. Kali ini giliran Roberto Pereryra menerima hantaran lolos Dacoure dan menewaskan Courtois dengan rembatan deras.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut oleh Chelsea selepas dikejutkan Bournemouth 3-0 sebelum ini. Watfford menikmati malam yang cemerlang, melakukan 21 percubaan ke arah gol dan 8 percubaan tepat.

Chelsea pula hanya melakukan 7 percubaan ke arah gol dan 3 sahaja yang tepat. Ini adalah kali pertama Chelsea tewas dengan jaringan 4 gol oleh lawan di bawah Antonio Conte dan pertama kali sejak tewas 5-3 di tangan Spurs pada 2015.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.