Advertising

Benarkah Pasukan Sorak Korea Utara Menjadi Hamba Seks Untuk Pegawai Kim Jong-Un?

Views

Beberapa bekas ahli pasukan sorak rasmi Olimpik Korea Utara tampil dengan pengakuan bahawa mereka telah dipergunakan sebagai hamba seks bagi memenuhi nafsu pegawai-pegawai tinggi rejim Kim Jong-un.

Menurut laporan Bloomberg News, pasukan yang juga dikenali dengan 'Skuad Berahi' itu didakwa terpaksa melakukan aksi seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik.

Lee So-yeon, 42 tahun, yang pernah berkhidmat sebagai ahli muzik dalam pasukan tentera rejim Kim Jong-un mendedahkan ramai di antara mereka masih mengalami trauma selepas melalui apa yang dianggap seperti mimpi ngeri itu.

"Pasukan ini akan dihantar ke acara-acara Olimpik untuk melakukan persembahan. Tetapi di sebalik itu, mereka juga dipaksa hadir ke majlis dan parti untuk memberikan khidmat seks.
"Selain itu, kepimpinan pusat atau Central Politburo akan mengadakan majlis setiap hari dan wanita-wanita ini kehendaki hadir dan dipaksa tidur bersama.

"Wanita-wanita ini akan disuruh menanggalkan pakaian dan dilayan seperti objek. Mereka tidak berhak bersuara dan hanya lakukan apa yang disuruh," kata So-yeon yang kini menetap di Korea Selatan selepas melarikan diri pada 2008.


Ujarnya lagi, setiap gerak-geri mereka juga diperhati oleh pegawai dilantik sepanjang masa, termasuk ketika waktu makan atau pergi ke tandas.

Kriteria bagi menyertai pasukan ini adalah mereka perlu sekurang-kurangnya 160 cm tinggi dan mempunyai paras rupa yang cantik.

Lazimnya, apabila "bersara" dari pasukan bersorak ini kelak, mereka akan berkahwin dengan pengawal elit dan kadang-kadang dibayar untuk "menutup" rahsia kotor rejim itu.

Isteri Kim Jong-Un, Ri Sol-ju juga sebelum ini pernah menyertai barisan pasukan jelitawan ini. 

Pasukan sorak Korea Utara merupakan sebahagian besar daripada 280 anggota delegasi menyertai Sukan Olimpik Musim Sejuk di negara jiran mereka.

Sumber : Astro Awani

No comments:

Powered by Blogger.