Advertising

Biar Betik? Saintis Dakwa Kentang Goreng McDonald's Dapat Mengatasi Masalah Botak?

Views

Meskipun bunyinya kedengaran seperti tidak masuk akal, namun itulah hasil kajian mengejutkan yang dijalankan oleh sekumpulan sainstis baru-baru ini.

Menurut mereka, bukan sahaja bahan kimia yang digunakan dalam kentang goreng McDonald’s dapat memulihkan masalah botak, malah bahan itu juga dapat membantu untuk menggalakan kembali pertumbuhan rambut pada kepala.

Ujikaji yang dilakukan pada seekor tikus itu telah berjaya menumbuhkan kembali rambut menerusi teknik yang mengguna sel stem manusia.


Kejayaan kumpulan saintis yang berasal daripada Jepun itu mula mendapat perhatian orang ramai setelah berjaya berjaya menumbuhkan kembali folikel rambut dalam kuantiti yang besar di dalam makmal.

Menurut mereka, bahan rahsia yang digunakan dalam ujikaji mereka adalah kentang goreng McDonald’s yang mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai chemical dimethylpolysiloxane yang ditambah ke dalam kentang goreng bagi mengelakkan minyak masak daripada berbuih.


Prof Fukuda memberitahu masalah keguguran rambut menghantui berbilion penduduk di seluruh dunia, terutamanya di kalangan mereka yang sudah berusia dan berjuta-juta ringgit telah pun dibelanjakan bagi menjalankan kajian untuk mencari penawar kepada masalah ini.

Pelbagai jenis ubat telah diperkenalkan sebagai penawar terbaru bangi mengatasi masalah keguguran rambut ini dengan menggalakankan pertumbuhan kembali folikel rambut, orang kecil yang bertanggungjawab untuk menyuburkan rambut dan kulit kepala.



p/s : macam tipu je ni..hurmmm...saja nak promote McD ke apa?

No comments:

Powered by Blogger.