Advertising

Carabao Cup Menjadi Milik Manchester City Sebagai Piala Pertama Pep Guardiola Apabila Berjaya Membenam Arsenal 3-0

Views

Pertembungan merebut kejuaraan EFL Carabao Cup (Piala Carabao) sulung buat Pep Guardiola dan Arsene Wenger akhirnya berjaya dimenangi oleh pengurus dari Sepanyol itu.

Kejayaan ini dilakarkan selepas anak buah Guardiola menang bergaya 3-0 hasil jaringan daripada Sergio Aguero, Vincent Kompany dan David Silva.


Kemenangan bermakna ini memberikan kejuaraan ke-5 buat Manchester City yang kali terakhir menjuarai piala tersebut pada musim 2015/16.


Lebih manis, Piala Carabao ini merupakan kejuaraan sulung buat pengendali Manchester City, Pep Guardiola sejak mula membimbing kelab pada Februari 2016.

Dengan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang semakin dalam genggaman serta masih bersaing dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, Manchester City berada dalam landasan terbaik untuk merekodkan kejayaan ‘treble’ pada musim ini.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.