Advertising

Hati - Hati, Minum Air Kosong Terlalu Banyak Boleh Menyebabkan Sawan

Views

Khasiat air putih atau lebih dikenali air masak atau air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh, malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Secara umumnya, semua orang tahu yang mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah sangat penting demi memastikan tubuh badan kita kekal sihat dan cukup hidrat.

Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya meminum air putih secara berlebihan boleh membawa kesan sebaliknya, iaitu kemudaratan kepada tubuh badan kita. Betul ke? Sebelum nie saya minum air sampai 10 liter sehari okay je. Selagi rasa sihat, selagi tu la okay ye tak?

Perkongsian daripada Doktor Rafidah Abdullah ini mungkin boleh membuka mata anda semua. Nampak remeh, tapi air yang diambil secara berlebih boleh mengakibatkan sel badan membengkak. Lebih teruk kesan yang berlaku di dalam otak yang membawa kepada koma dan sawan. Ngeri bukan?

Untuk mendapatkan penerangan yang lebih jelas, jom kita baca perkongsian Doktor Rafidah seperti dia bawah ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Panduan minum air.

Ada masanya saya pelik dengan soalan-soalan yang saya terima di Twitter. Minum air, minum lah. Bersederhanalah. Tak payah terlebih dan harapnya jangan kurang. Saya sendiri tidak menyukat pengambilan air. Janji tidak haus dan air kencing kita tidak terlampau pekat. Cukup.



Apa yang kita perlu sehari adalah mengikut aktiviti kita ya. Sebagai contoh, jika kita berdiri tengah panas, aktiviti bersukan, demam; nescaya keperluan air akan jadi lebih lagi. Jangan lupa, makanan kita pun ada kandungan air ya; terutamanya buah-buahan.

Minum banyak air TIDAK BOLEH kuruskan badan. Nak kurus, kena kira kalori keluar masuk betul-betul.

Minum terlebih sangat air boleh memudharatkan (jangan tanya saya berapa banyak sebab lain orang lain). Entiti ini (dipanggil Primary Polydipsia) jarang berlaku.


Bila badan terlebih sangat air, air akan menyebabkan sel badan membengkak (gambar kedua [3] ). Ia juga berlaku di dalam otak kita; jadi menyebabkan risiko seperti keliru, koma dan sawan. Kondisi ini dipanggil Hypervolaemic Hyponatraemia (dilutional), biasanya bila bacaan darah sodium terlampau rendah (normal antara 135-145 bergantung kepada makmal).



Keadaan ini juga boleh berlaku bila ada kegagalan buah pinggang, hati & lemah jantung. Sebab itu Doktor mohon kurangkan pengambilan kuantiti air.

Tak payah susah-susah nak tanya berapa banyak air anda perlu kerana lain orang lain. Yang tentunya, tak payah sampai 10L.

Bersederhanalah.

Rafidah Abdullah

Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi

Sumber : Siakap Keli

No comments:

Powered by Blogger.