Advertising

Jom Baca Langkah - Langkah Bagaimana Untuk Buang 'Blacklist' PTPTN Bagi Mereka Yang Ingin Melancong Ke Luar Negara

Views

Pernah tak dengar cerita mereka yang dah elok-elok rancang nak travel, tiket dah beli dan dah siap packing, rupa-rupanya kena blacklist PTPTN. Jadi terpaksalah batalkan hasrat nak travel tu.



Kebiasaannya di Malaysia, senarai hitam akan dikenakan kepada mana-mana peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, bayarlah PTPTN tanpa penangguhan.


Baru-baru ini, Maukerja Malaysia telah berkongsi di Facebook mengenai langkah-langkah buang blacklist PTPTN yang telah mencapai 16K shares ketika artikel ini ditulis.

Baca step by step guide di bawah:

1. Semak status di laman web Jabatan Imigresen Malaysia


Hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan anda dan jika keluar ayat "SILA RUJUK KE PEJABAT IMIGRESEN", itu bermakna anda sudah kena block.

2. Semak nilai tunggakan untuk mengenalpasti berapa nilai yang anda perlu bayar


Anda perlu buka laman web PTPTN dan cari "SEMAKAN PENYATA PINJAMAN".


Anda perlu masukkan IC dan akan keluar link "PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH". Tekan link tersebut serta-merta.

Seterusnya, anda hanya perlu semak di bahagian baki


Bila sudah masuk ke akaun anda, semak di bahagian PENYATA BAKI.


Dari penyata tersebut anda akan tahu NILAI TUNGGAKAN anda. Jika mahu bersih dari senarai blacklist, wajib untuk membayar tunggakan tersebut.

Tetapi jangan risau kerana anda boleh berbincang dengan pihak PTPTN dan kebanyakan boleh membayar sekurang-kurangnya 25% daripada nilai tunggakan.

3. Sekarang kita beralih kepada langkah untuk membuat pembayaran. Maybank2u adalah cara termudah untuk melangsaikan hutang PTPTN kita.


Anda hanya perlu masuk ke akaun dan pergi ke "BILL PAYMENT".


Tekan pada "MAKE A ONE OFF PAYMENT".


Pilih "EDUCATION & EDUCATION LOANS"

Seterusnya ialah memilih option PTPTN - Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan.



Seterusnya ialah membuat pembayaran. Diingatkan sekali lagi, anda perlu membayar sekurang-kurangnya 25% dari NILAI TUNGGAKAN atau ikut nilai yang anda dapat dari PTPTN.

Itu sahaja! Sekarang anda boleh ke luar negara dan yang paling penting, jangan tangguh & lambat bayar untuk memastikan laporan kredit anda tidak terjejas! Goodluck guys!


Sumber : Says

No comments:

Powered by Blogger.