Advertising

Kemungkinan Besar Harga Samsung Galaxy S9 & S9+ Lebih Mahal Daripada Keluaran Sebelumnya

Views

Acara MWC 2018 dijadualkan berlangsung lebih kurang tiga minggu lagi, menandakan Samsung Galaxy S9 bakal membuat penampilan pertama untuk umum.

Menjelang hari pelancaran, khabar angin mengenai perincian peranti sudah mula menjadi topik perbincangan di internet.

Antara yang hangat diperkatakan adalah tentang harga jualan peranti berkenaan, dimana berdasarkan laporan dari laman Korea Selatan, ETNews, S9 dijangka berada dipasaran pada tanda harga sekitar 945,000 won (~RM 3413.26) hingga 1,000,000 won (~RM3611.92).


Laporan dari Tech Radar pula menyatakan harga penjualan S9 di UK pula mungkin bermula dari £789 (~RM4301.41), £100 lebih mahal berbanding harga permulaan S8 tahun lalu.

Pertukaran matawang dan cukai memainkan peranan disini tetapi ia memberi sedikit bayangan bahawa harga Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+ mungkin lebih mahal sedikit dari keluaran sebelumnya.

Tahun lalu, Samsung Galaxy S8 dan Galaxy S8+ diperkenalkan di Malaysia pada harga RM3299 dan RM3699.

Sumber: ETNews, TechRadar via Gizmodo, Wiser

No comments:

Powered by Blogger.