Advertising

Kesian, Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak Pula Dalam Air

Views

Rasanya dah banyak kes kita dengar apabila ada pelanggan terjumpa sesuatu yang menjijikkan ketika menikmati makanan atau minuman.

Terbaru, seorang pembeli mengalami detik yang mungkin tidak dapat dilupakan sampai bila-bila apabila tersedut anak cicak.

Dikongsikan di Facebook miliknya, Hasler Hoso memuat naik foto minuman yang dibeli olehnya mengandungi anak cicak. Lebih mengejutkan minuman yang dibeli olehnya itu sangat popular dan rasanya semua tahu jenama minuman apa yang dimaksudkan.



Menurut Hasler, dia membeli minuman ‘Milk tea with pearl’ di cawangan Bukit Jalil. Ketika menikmati minuman tersebut, dia merasakan sesuatu yang pelik.

“Sepatutnya pearl berbentuk bulat, tapi apa saya rasa sesuatu yang pelik dan panjang.

“Saya keluarkan dan mendapati ianya anak cicak yang sudah kehilangan ekornya. Saya sudah buat aduan dan pihak mereka tahu tentang insiden tersebut.

Hasler turut mengingatkan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati jika membeli minuman tersebut.

No comments:

Powered by Blogger.