Advertising

Lagi Gambar Rekaan Terbaru Bahagian Depan Dan Belakang Samsung Galaxy S9 & S9+ Bocor di Internet

Views

Sebelum ini, kita sedia melihat rekaan peranti Galaxy S9 dan S9+ pada bahagian hadapan. Kini, @evleaks yang terkenal dengan perkongsian gambar peranti jauh sebelum ia dilancarkan sekali lagi telah berkongsi gambar baru – dan kali ini memperlihatkan rekaan hadapan dan belakang untuk kedua-dua telefon pintar terbaru Samsung berkenaan.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia menawarkan rekaan skrin nirbingkai pada bahagian hadapan, dan dilihat mungkin menyertakan dwi-kamera pada bahagian hadapan.



Untuk bahagian belakang pula, Samsung dilihat memposisikan pengimbas cap jari dibawah kamera – dan bukannya ditepi seperti sebelum ini.

Disamping itu, gambar tertiris kali ini turut mengesahkan spekulasi yang mana Galaxy S9 akan hadir dengan satu kamera belakang, sementara Galaxy S9+ menggunakan dwi-kamera dibelakang.

Samsung dijangka memperkenalkan telefon pintar ini secara rasminya pada MWC 2018 penghujung Februari 2018 ini.


Sumber : Amanz 

No comments:

Powered by Blogger.