Advertising

Lelaki Ini Kongsi Cara Yang Mudah Dan Jimat Untuk Bercuti Ke Langkawi, Siap Boleh Bawa Kereta Sendiri

Views

Selain dapat relaks dan bonding bersama keluarga dengan pelbagai aktiviti yang produktif, anda juga tidak perlu mengeluarkan bajet yang besar untuk bercuti bersama yang tersayang.

Kalau masih belum mampu untuk bercuti ke luar negara, boleh bawa keluarga untuk terokai Malaysia terlebih dahulu. Macam-macam tempat menarik yang ada di negara kita ini, antara yang popular ialah Langkawi.

Ada 3 cara untuk pergi ke Langkawi iaitu :
  1. Naik kapal terbang
  2. Bawa kereta, parking di jeti Kuala Perlis, dan naik feri penumpang
  3. Bawa kereta, naik feri angkut kenderaan (bawa kereta sekali)
Option nombor 1 agak straightforward dan bergantung kepada harga tiket semasa pembelian. Kalau tiket mahal, maka lebih mahallah kos untuk pergi ke Langkawi.

Tapi bagaimana pula untuk option ke-2 dan ke-3?

Mana satu yang lebih murah dan lebih berbaloi untuk anda pilih?


Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang ini.

Kalau naik feri penumpang, sampai di Langkawi nanti kena sewa kereta pula untuk pergi bersiar-siar. Mesti mahal nak kena bayar.

Kalau naik feri angkut kenderaan, berapa pula kos yang perlu dibayar? Adakah lebih mahal atau lebih murah?

Bagi menjawab persoalan di atas, perkongsian dari seorang pengguna FB, Mohd Khairol Haswadi ini mungkin dapat membantu anda membuat keputusan.


Status beliau di Facebook yang telah mendapat lebih daripada 18,400 shares ini telah membuka mata ramai orang untuk menggunakan khidmat feri angkut kenderaan selepas ini.

Kenapa?

Menurut beliau, kos yang dibelanjakan dengan menaiki feri angkut kenderaan adalah jauh lebih murah berbanding feri penumpang. Salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada harga rendah ini ialah kerana beliau tidak perlu menyewa kenderaan di Langkawi.

Kenderaan yang dibawa bersama dari tanah besar sebenarnya banyak membantu dalam menjimatkan kos.

Nak tahu lebih detail? Baca status Mohd Khairol di bawah:


Minggu lepas kami ke Langkawi 4 hari 3 malam. Ni first time bawa kereta naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.

Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro. Kami pilih Auto express. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1 jam 15 min jika dengan feri penumpang).

Kos terlibat :

Tambang pergi-balik :

- Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (booked online)
- Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
- Kanak-kanak x 2 : RM52

TOTAL: RM388 nett.

Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:

1) Tambang feri pergi balik :
- Dewasa x 2 : RM72
- kanak-kanak x 2 : RM52

2) Parking kereta di jeti : RM10 x 4 = RM40

3) Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 4 = rm400

TOTAL: RM564


Menurutnya, khidmat feri ini sangat memuaskan dan selesa. Jika ada anak kecil, mereka bebas bergerak dan boleh tangkap gambar dengan pemandangan yang cantik!

  1. Jika pergi 3 hari 2 malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
  2. Lebih kecil cc kereta (sedan), lebih murah harga tiket.
  3. Tidak perlu beratur panjang dan berjalan jauh. Hanya duduk dalam kereta untuk menunggu proses check-in.
  4. Beli barang di Langkawi pun tak perlu risau tentang beg akan berat dan susah nak bawa.
  5. Tempat duduk penumpang dalam feri memang sangat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak-anak juga bebas bergerak.
  6. Boleh lepak-lepak di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan yang begitu cantik.
  7. Tambahnya lagi, sebelum menggunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ini, pastikan tempahan dibuat awal dalam 1-2 bulan sebelum tarikh kerana tiket cepat sold-out
Link website Langkawi Auto Express:
http://langkawiauto.com/…/index/site:langkawiauto-link:1537…

Link RoRo:
http://www.langkawiroro.com/

Apa tunggu lagi? Jom bercuti ke Langkawi dengan menggunakan tips ini! :)


Sumber : Says

No comments:

Powered by Blogger.