Advertising

Macam - Macam Hal, Kali Ini Alexis Sanchez Bakal Dipenjara Selama 16 Bulan Kerana Elak Cukai

Views

Alexis Sanchez dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan atas kesalahan mengelak cukai di Sepanyol. Kesalahan itu dilakukan beliau ketika bermain di Barcelona satu ketika dahulu.

Alexis Sanchez disabitkan dengan menggelapkan duit yang sepatutnya menjadi hak kerajaan Sepanyol pada tahun 2012-2013 bernilai €1 juta. Kesemua angka itu adalah daripada cukai hak imej melibatkan pemain tersebut.

Hak imej merujuk kepada cukai pendapatan hasil daripada nilai komersial dan iklan mereka bukannya melibatkan cukai pendapatan, gaji hakiki yang dibayar kelab mereka.

Oleh kerana ini adalah kesalahan pertama beliau dan ia bukan kesalahan jenayah yang membawa kepada hukuman penjara lebih dari 2 tahun, jadi beliau boleh mengelak daripada ke penjara atas budi bicara pendakwa raya.

Alexis Sanchez telah bersetuju untuk mengembalikan kesemua wang itu dan akan membayar lebih daripada €1 juta selepas bunga (interest).

Selain daripada Alexis Sanchez beberapa lagi nama lain sudah pun dijatuhkan hukuman di atas kesalahan serupa, melibatkan hak imej. Antaranya ialah Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Jose Mourinho dan Ricardo Carvalho.


Sebelum ini Lionel Messi menggantikan hukuman penjara 21 bulan dengan denda €250,000. Mourinho dan Carvalho dijatuhkan hukuman penjara 7 bulan dan digantikan dengan denda juga.


Ronaldo masih lagi berjuang untuk melawan kes ini. Ronaldo melibatkan nilai lebih tinggi iaitu sekitar €14.7 juta. Bintang Real Madrid itu menyatakan semua hak imej yang dituntut oleh Kerajaan Sepanyol itu adalah hak imej di luar Sepanyol dan sebelum beliau datang ke Real Madrid.

Sumber : Semuanya Bola

No comments:

Powered by Blogger.