Advertising

Memalukan! Pegawai JPJ Ditukar Serta Merta Selepas Didakwa Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Remaja Perempuan Berusia 17 Tahun Semasa Ujian Memandu

Views

Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun semasa ujian memandu, diarah bertukar ke bahagian lain berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, tindakan itu diputuskan sejurus menerima laporan dakwaan salah laku membabitkan pegawai berkenaan sehinggalah siasatan mengenainya selesai.

“Kita dah tukarkan pegawai berkenaan ke bahagian lain yang bukan melibatkan ujian memandu, sementara siasatan dijalankan.

“Kes tersebut kini disiasat oleh bahagian integriti di JPJ negeri Selangor,” kata Wan Ahmad Uzir kepada mStar Online, Sabtu.


mStar Online sebelum ini melaporkan seorang gadis yang merupakan anak saudara kepada seorang ahli politik mendakwa dirinya diganggu secara seksual dalam kejadian di sebuah institut memandu di Shah Alam, Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pegawai JPJ Tanya 'Bawah' Ada Tindik Tak?” - Remaja 17 Tahun

Sehubungan itu, Wan Ahmad Uzir menegaskan bahawa pegawai berkenaan masih lagi bertugas dan tidak dibuang kerja sebagaimana dakwaan awal mangsa.

Beliau menambah, keterangan mangsa termasuk butiran berhubung kejadian akan diteliti bagi menyiasat kesahihan dakwaan salah laku membabitkan pegawainya.

“Kita tak boleh jatuhkan hukuman sebab dia (pegawai) belum didapati bersalah. Kalau dia bersalah, barulah kita ambil tindakan terhadap dia.

“Tindakan tatatertib tu banyak, sama ada buang kerja, turun pangkat dan potong gaji. Kita tunggu dahulu siasatan dijalankan,” katanya tanpa mengulas lanjut mengenai pegawai terbabit.


Berdasarkan paparan skrin Insta Story yang tular di media sosial, gadis itu mendakwa pegawai berkenaan telah dibuang kerja serta-merta sebaik bapanya tiba di sekolah memandu tersebut. 

Namun mangsa kemudian menjelaskan bahawa pegawai tersebut setakat ini tidak dibuang kerja, berbeza dengan apa yang dinyatakannya di Insta Story sebelum ini yang tular.

“Ikutkan tindakan pegawai itu boleh saja membuatkan dia dibuang kerja, tapi selepas berbincang dengan bapa, ia ‘diselesaikan’ kerana pegawai itu masih mempunyai isteri dan anak-anak di bawah tanggungannya,” dakwanya.


Mangsa yang juga anak kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ mendakwa selain ditanya sama ada dia sudah mempunyai teman lelaki dan meminta nombor telefonnya, pegawai tersebut turut bertanyakan soalan tidak senonoh selepas melihat dia menindik hidung.

“Dia tanya 'saya tindik kat bawah tu (alat sulit) sekali ke? Saya cakap ‘pakcik’ tolong berhenti, saya rasa tak selesa’.

“Lepas tu dia tanya ada gambar-gambar seksi (untuk) hantar kat dia. Tapi saya kata tak ada dan cuba untuk bertenang sebab tak mahu dia gagalkan (ujian) saya,” katanya.

Pegawai yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan itu turut didakwa menunjukkan video seks daripada telefon bimbitnya sambil mengeluarkan kata-kata berunsurkan lucah.

Sumber : Mstar

No comments:

Powered by Blogger.